Hadis Sahih

Aku seorang perokok.....

MASALAH batuk teruk dan berkahak adalah perkara biasa di kalangan lelaki tua yang merokok. Ia petanda utama bagi penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) iaitu masalah yang berkaitan dengan saluran pernafasan.

Walaupun mengalami batuk teruk hingga kadangkala sukar melakukan kerja, ia tidak dianggap masalah besar bagi kebanyakan perokok. Ramai lebih rela menderita batuk daripada berusaha berhenti merokok mahupun mendapatkan rawatan.

COPD adalah masalah sejagat dan ia lebih ketara di kalangan perokok tua. Asap rokok yang bertahun-tahun disedut masuk ke paru-paru boleh menyebabkan dua masalah besar, iaitu bronkitis kronik (keradangan pada paru-paru) dan emfisema (kerosakan tisu paru-paru mengakibatkan proses pertukaran gas karbon dioksida dan oksigen merosot). Kedua-dua masalah ini menjadikan seseorang itu mengalami COPD.

Paru-paru kita mempunyai dua bahagian utama iaitu tiub bronkial (juga dipanggil saluran pernafasan) dan alveoli (pundi udara). Apabila kita bernafas, udara melalui tiub bronkial untuk masuk ke alveoli. Di sinilah berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

Gas oksigen meresap masuk ke salur darah, manakala gas karbon dioksida pula masuk ke pundi udara untuk dihembus ke luar.

Seperti organ lain, keupayaan paru-paru untuk berfungsi dengan cekap menurun dengan peningkatan usia; apatah lagi di kalangan perokok. Bagaimanapun bagi perokok, fungsi paru-paru mereka mula merosot apabila mereka mula merokok. Tidak hairan perokok lebih mudah mengalami masalah membabitkan saluran pernafasan.

Kedua-dua masalah (bronkitis kronik dan emfisema) boleh dikesan dengan mudah melalui gejala batuk berkahak dan sesak nafas — yang biasa berlaku pada perokok tua. Lebih lama tempoh seseorang itu merokok, lebih buruk gejala dihadapi.

Saluran pernafasan pesakit COPD biasanya menjadi merah dan dipenuhi mukus (lendir) yang menyekat laluan udara, menyebabkan pesakit sukar bernafas. Pada masa sama, alveoli juga mengalami keradangan akibat kemasukan asap beracun. Lama kelamaan, alveoli menjadi keras dan tidak boleh menampung cukup udara. Akibatnya, proses pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida terganggu dan pesakit mengalami sesak nafas.

Menurut Perunding Geriatrik, Dr P Srinivas, sehingga kini tiada rawatan dapat memulihkan kerosakan paru-paru pesakit COPD. COPD antara empat punca utama yang menyebabkan kematian penduduk dunia. Malah, sikap pesakit yang tidak mahu berhenti merokok atau segera mendapatkan rawatan hanya memburukkan keadaan.

Keadaan di Malaysia tidak banyak berbeza dengan negara lain kerana hampir 47 peratus lelaki di negara ini merokok, manakala jumlah perokok wanita kini mencecah tiga peratus — semuanya berisiko tinggi mengalami COPD.

Dianggarkan antara 80 hingga 90 peratus kes COPD berpunca daripada amalan merokok selama 20 tahun. Sekali imbas, tempoh ini nampak sangat panjang dan jauh daripada jangkauan. Cuba ingat kembali bila anda mula merokok dan berapa lama tempohnya hingga hari ini. Jika anda mula merokok ketika berumur 20 tahun dan kini mencecah 40 tahun, tidakkah anda sebenarnya hampir masuk ke pintu COPD?

Kata Dr Srinivas, masih ramai perokok tidak menyedari masalah ini. Bahkan, kurang kesedaran dan pengetahuan menyebabkan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan masih rendah, walaupun gejala penyakit sudah lama timbul.

“Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan berhenti merokok. Kajian menunjukkan hampir 41 peratus warga emas yang tinggal di rumah orang tua mengalami masalah COPD dan sebanyak 30 peratus pesakit berumur 65 tahun ke atas menunjukkan tanda positif apabila berhenti merokok.

“Ramai tidak sedar COPD boleh menyebabkan seseorang perokok mengalami pelbagai masalah, termasuk hilang keupayaan dan tidak boleh bergerak apabila tua,” katanya ketika Persidangan Geriatrik Asia Pasifik: Masalah Lazim di Kalangan Warga Tua anjuran bersama Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kementerian Kesihatan, Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AFPM) dan Hospital Kuala Lumpur.

COPD dan masalah kesihatan

Secara umumnya COPD disebabkan tabiat merokok. Lebih awal seseorang itu memulakan tabiat merokok dan lebih lama tempoh merokok, risiko mengalami COPD lebih tinggi.

Antara gejala utama COPD ialah batuk teruk, berkahak, bunyi nafas kasar (berdehit) dan sesak nafas. Jika anda mengalami tanda ini, Dr Srinivas menasihatkan segera mendapatkan rawatan atau setidak-tidaknya berusaha berhenti merokok kerana ia cara terbaik untuk merawat COPD.

Malah, pesakit COPD juga kerap mengalami masalah kesihatan lain seperti selesema dan diserang virus influenza kerana asap rokok juga boleh melemahkan daya ketahanan badan.

Walaupun tidak boleh seperti sedia kala, menghentikan amalan merokok dapat mengembalikan kesihatan paru-paru. Tiada had umur tertentu untuk berhenti merokok. Lebih awal anda berhenti, kesannya lebih baik kepada kesihatan.

“Sasaran utama rawatan COPD ialah menghentikan gejala, memperbaiki kualiti kehidupan pesakit, mengelakkan perkembangan penyakit dan merendahkan kadar kematian akibat rokok. Syarat utama dalam rawatan ini ialah berhenti merokok. Berhenti merokok dengan mendadak memberikan kesan lebih baik berbanding secara perlahan-lahan.

“Tidak kira berapa lama anda merokok, paru-paru akan menunjukkan kesan positif apabila anda berhenti merokok. Jika anda bercadang berhenti merokok, segera dapatkan bantuan pakar. Mereka boleh mencadangkan beberapa kaedah, termasuk terapi penggantian nikotin, kaunseling psikologi dan galakan daripada kumpulan sokongan,” katanya.

Beliau berkata, diagnosis awal dan pengurusan rawatan yang aktif sangat penting untuk mengurangkan kadar morbiditi dan kematian. Malah, ia juga dapat mengatasi masalah emosi kerana kajian menunjukkan 68 peratus pesakit COPD turut mengalami kemurungan.

Antara rawatan yang boleh diberi kepada pesakit COPD tua ialah penggunaan ubat ß-2 agonist (untuk mengurangkan bakteria dalam saluran pernafasan), theophyllines (bagi individu yang ada masalah pernafasan pada waktu malam), anticholinergics dan ubat terbaru, tiotropium.

Lebih malang jika tabiat ini membuatkan anda terpaksa menjalani terapi oksigen yang biasanya diberikan kepada pesakit apabila mengalami kesukaran bernafas.

Jadi, sebelum anda terpaksa bergantung hidup kepada tabung oksigen, lebih baik jika anda memulakan usaha berhenti merokok hari ini juga.

dipetik dari Harian metro bertarikh 16 April 2006

Betoi ka ni.....


Hampa perati/perembang jaji jenari kawan-kawan hampa tu.... Ada kebenarannya kaaa gambaq di atas tuuuu???komennnnnn......

Tok wan sapo lah

Tok wan sapo ni???Kenapa jadi cam ni...?
Mungkin dia sangup buat cam tu kerana tak sanggup tengok cucu dia kena ketit nyamok tiap-tiap malam...mungkin gak dia......dia apo haaa????kenapa dia jadi cam ni??? sediah....marah....insaf....bersyukur....

Must read it till the end

God created the donkey
and said to him.

"You will be a donkey. You will work un-tiringly from sunrise to sunset carrying burdens on your back. You will eat grass, you will have no intelligence and you will live 50 years."

The donkey answered:
"I will be a donkey, but to live 50 years is much. Give me only 20 years" God granted his wish.

............................................................................................

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

God created the dog
and said to him:

"You will guard the house of man. You will be his best Friend. You will eat the scraps that he gives you and you will live 30 years. You will be a dog. "

The dog answered:
"Sir, to live 30 years is too much,give me only 15 years. " God granted his wish.

...........................................................................................

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


God created the monkey
and said to him:

"You will be a monkey. You will swing from branch to branch doing tricks. You will be amusing and you will live 20 years. "

The monkey answered:
"To live 20 years is too much, give me only 10 years."

God granted his wish.

...........................................................................................

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Finally God created man ...
and said to him:

"You will be man, the only rational creature on the face of the earth. You will use your intelligence to become master over all the animals.. You will dominate the world and you will live 20 years."

Man responded:
"Sir, I will be a man but to live only 20 years is very little, give me the 30 years that the donkey refused, the 15 years that the dog did not want and the 10 years the monkey refused."

God granted man's wish

..........................................................................................

And since then, man lives 20 years as a man , marries and spends 30 years like a donkey, working and carrying all the burdens on his back. Then when his children are grown, he lives 15 years like a dog taking care of the house and eating whatever is given to him, so that when he is old, he can retire and live 10 years like a monkey,
going from house to house and from one son or daughter to another doing tricks to amuse his grandchildren.


That's Life.
Isn't it ??????????

email i've received (Saya Takkan Ampunkan Dosa Isteri Saya..)

SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.

Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.

Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.

Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.

Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.

Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.

Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan selama ini.

Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga.

Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.

Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.

Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.

Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.

Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.

Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.

Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL.

Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.

Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.

Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.

Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.

Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.

Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.

Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.

Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar.

Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.

Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.

Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.

Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.

Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.

Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.

Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.

Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.

Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.

Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.

Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.

Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.

Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.

Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.

Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?

AS AN EMPLOYEE, ...

* the biggest motivation is salary

* the unluckiest thing is promotion without salary adjustment

* the most "shiok" thing is you don't work anyhow also get pay increment

* the greatest talent is "carry big stuff"

* the greatest mistake is to argue with your boss

* the most demoralising thing is to receive salary late

* the most pitiful thing is you did not get your salary and your boss ran away

* the happiest thing is you become your boss' boss

* the cleverest thing is you are late but boss doesn't know

* the stupidest thing is you publicly say that you are lazy

* the most common thing is - the boss says something but means another

* the proudest thing is you sack your boss

* the most "rugi" thing is you work hard but your colleague takes the credit

* the most dangerous thing is to become a "two-headed" snake

* the biggest satisfaction - sending e-mail like this during office hours!! heheheheheheheh....

Nilai Sebuah Pekerjaan

Rasa perlu ja baca dan paham.. ada yg betul..dijadikan teladan..


"Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas
mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen
R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?", saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

"Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri.
Namanya, profesionalisma", saya menyambung provokasi.

"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor,isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari", saya terus mencucuk jarum.

"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka,agar kita berjaya", saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran,walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.


PERSOALAN NILAI



Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah
menjatuhkan dirinya.

Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG.Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.


NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah , walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum . Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum,bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang
menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan... tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur ..

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri
meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa kesemasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?


NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan
asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang,'mereka adalah generasi yang kesunyian'.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat " Begin With the End in Mind". Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan, jurutera dsb

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit,dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri,mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.


PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya,kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun dimata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.
--
Never love a love that hurts........
never hurt a love that loves !!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti... __._,_._

can anyone solve this game

please feedback me your result for below amazing game, very interesting game here;


Pearls Before Swine


Dress Up Angelina Jolie

email i've received

today i'll post the email which i received from friends...just to share what happening......ehhehe... macam2 ada...




Message




Did you know that it's Beautiful Women Month?


Well, it is and that means you and me. I'm supposed to send this to FIVE BEAUTIFUL WOMEN, and you are one of them!!!

Facts on Figures: There are 3 billion women who don't look like super models and only eight who do.

Did you know
Marilyn Monroe wore a size 14?



If Barbie was a real woman, she'd have to walk on all FOURS due to her proportions!


The average woman weighs 144 pounds, and wears between a size 12-14.


One out of every 4 college-aged women has an eating disorder.



The Models in the magazines are AIRBRUSHED!!! - NOT Perfect!!


A psychological study in 1995 found that 3 minutes spent looking at a Fashion Magazine caused
70% of women to feel depressed, guilty and SHAMEFUL!


Models 20 years ago weighed 8% Less than the average Woman.


Today they weigh 23% less......


~~ Beauty of a Woman ~~
The beauty of a woman is not in the clothes she wears,
The figure she carries, or the way she combs her hair.
The beauty of a woman must be seen from her eyes,
Because that is the doorway to her heart,
The place where love resides.
The beauty of a woman is not in a facial mole,
But true beauty in a woman is reflected in her soul.
It is the caring that she lovingly gives,
The passion that she shows.
The beauty of a woman

With time, only grows..

An English professor wrote the words: "WOMAN WITHOUT HER MAN IS NOTHING" on the blackboard, and directed the students to punctuate it correctly


The men wrote: "Woman, WITHOUT HER MAN, is nothing."


The women wrote:
"WOMAN!! WITHOUT HER, man is nothing!"



The Images of Mother

4 YEARS OF AGE
Y My Mommy can do anything!
8 YEARS OF AGE
Y My Mom knows a lot! A whole lot!
12 YEARS OF AGE
Y My Mother doesn't really know quite everything.
14 YEARS OF AGE
Y Naturally, Mother doesn't know that, either!
16 YEARS OF AGE
Y Mother? She's hopelessly old-fashioned.
18 YEARS OF AGE
Y That old woman? She's way out of date!
25 YEARS OF AGE
Y Well, she might know a little bit about it.
35 YEARS OF AGE
Y Before we decide, let's get Mom's opinion.
45 YEARS OF AGE
Y Wonder what Mom would have thought about it?
65 YEARS OF AGE
Y Wish I could talk it over with Mom. . .

***Please send this to all the
phenomenal women you know today in celebration of Women's History Month.


If you do, something good will happen....

YOU will boost another woman's self-esteem....





Upgrade Your Email - Click here!




Digg!

Tika kebanyakan manusia normal tidur

apakah yg akan dilakukan ketikan kebanyakan manusia normal tidur..???aku menulis ini hehehe...anda??? bila dok surf tadi...dapat yg bawah nie...aku letak nama blog nie...keluarlah result spt dibawah...anda tak nak cuba try test kaaa....heeee try pi lah...bukan nak rugi apa punn....

FFragile
UUnnatural
LLight
LLuxurious
AAstounding
DDelicate
DDangerous

Name / Username:


Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

MY FIRST POST

Hari ini adalah permulaan bagi ku dalam mengisi masa lapang ku...aku harap blog ini dapat memberi manafaat kepada semua yang eemmm.....ada sehaluan denganku...Utk permulaan ni aku rasa aku nak share dgn hapa ttg apa yg aku dpt hari ni lah.....Sbb tu aku mulakan blog aku ni dgn permulaan yg baik...harap2 apa yg dicari akan dapat ditemuai dlm blog ni...


Hari ini aku dapat email dari kawan yg bekerja di Infineon Kulim. Aku bkn pekerja Infineon tapi bekerja di Kulim gak.... apa yg aku paham dalam email tu seperti yg tertulis di bwh oleh penulis asal.

PENDAPAT SAYA YG X ALIM SGT AGAMA NIH -->DR BERITA YG KITA DGR, BACA, TONTON....
SUDUT BUMI (TERUTAMA D TMPT KEJADIAN, SUMATERA)...TELAH 'LARI' SEBANYAK 20-40 METER...KE ARAH SELATAN...TIDAKKAH KITA SEDAR...ITU MERUPAKAN PETUNJUK....YG ARAH KIBLAT AKAN BERUBAH...DAH AKHIRNYA KITA SMBYG 'TERBALIK ARAH ' DARI SEKARANG...MATAHARI AKAN TERBIT DARI ARAH YG LAIN...SO, NI BUKAN TANDA2 BESAR KIAMAT DI AKHIR ZAMAN? SEMPATKAH KITA BERTAUBAT? DITERIMAKAH ALLAH TAUBAT 'LAST MINUTE' KITA YG AMAT JAHIL NI?
Sumber asal -> siti rohaida ibrahim <-