Hadis Sahih

TARIKH LAHIR ANDA

Hidup manusia penuh dengan 1001 yang mampu diterokai. Hanya menerusi tarikh lahir saja, pelbagai cara dan taktik yang telah dikenal pasti untuk mengorek rahsia peribadi sesorang. Kali ini berkisarkan tentang tarikh lahir.


GRUP A1
01, 06, 11, 16, 21, 26, 31

Kamu beranggapan bahawa cinta adalah perkara terindah dalam hidup dan kamu suka bila jatuh cinta. Wah! Mungkin sebab itu kamu ni jarang benar boleh hidup tanpa cinta. Sebab itu juga kamu mudah untuk jatuh cinta atau memperoleh cinta baru setelah kecewa. Namun ini bukan pula bermaksud kamu ni jenis playboy/playgirl. Selalunya kamu akan setia pada yang satu tapi mudah sangat dikecewakan. Mungkin ini kerana kamu sentiasa beranggapan bahawa orang yang kamu sayang tidak benar-benar jujur terhadap diri kamu seperti mana kejujuran yang kamu berikan kepadanya. Selain itu, kamu juga gemar bersama teman-teman hinggakan kadangkala kamu sanggup kecewakan si dia semata-mata untuk tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti kesukaan kamu bersama teman-teman. Dikalangan teman-teman, kamu sangat boleh diharap. Namun sikap panas baran melampau yang kamu miliki itu, membuatkan ramai yang tidak begitu menyenangi diri kamu dan itu adalah kelemahan paling besar yang kamu miliki. So, lepas ini! kamu kenalah pandai-pandai kontrol sikit perasaan baran itu, jika tidak mahu teman-teman semakin menjauhkan diri dari kamu!

GRUP B2
02, 07, 12, 17, 22, 27

Impian dan cita-cita adalah perkara yang paling penting dalam hidup kamu. Malah kamu juga sanggup melakukan apa saja untuk memenuhinya. Itu adalah satu sikap yang positif untuk meraih kejayaan dalam hidup. Selain cita-cita dan impian, cinta juga dianggap sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan kamu namun sifat kamu yang sentiasa inginkan seseorang yang sempurna membuatkan kamu sukar mencari teman yang sesuai. Kamu juga sukar untuk mempercayai orang lain. Dari segi persahabatan, teman-teman adalah sangat penting bagi kamu malah kamu sangat menghargai tiap persahabatan yang terjalin itu. Namun begitu, kamu bersifat perahsia di kalangan teman-teman. Kamu bukan seseorang yang mudah hendak berkongsi rahsia dengan orang lain, biarpun teman rapat kamu sendiri. Mungkin itu adalah sikap semula jadi yang kamu miliki. Tidak mudah percaya pada orang lain. Biasalah tu, takut dijaja sesuka hati pula. Selain itu, kamu juga sangat gemar berfikir secara mendalam tentang segala perkar! a yang berlaku. Kata orang tu, kamu akan mengambil masa sebelum melakukan sesatu tindakan kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari.

GRUP C3
03, 08, 13, 18, 23, 28

Kamu beranggapan kehidupan adalah pemberian Tuhan yang indah dan kamu gemar untuk menikmati tiap apa yang kamu lakukan dalam hidup. Sikap peramah dan baik hati membuatkan kamu disenangi ramai namun kadangkala sikap kamu yang agak emosi membuatkan mereka kurang menyenangi sikap kamu itu dan seolah menjauhkan diri. Bukan mereka tidak sudi lagi berkawan dengan kamu tapi sikap kamu yang "angin satu badan" itu kadangkala membuatkan mereka rimas. Dalam perhubungan cinta pula, kamu dikatakan seorang yang jujur dan setia dalam percintaan. Tapi awas, kamu tidak dapat langsung menerima sebarang bentuk penipuan. Sekali kamu tertipu, kamu lebih rela kehilangan cinta itu buat selama-lamanya walaupun sayang itu masih ada di hati. Ini kerana kamu teramat mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Bagi kamu, jika sekali kamu ditipu tak mustahil ia akan berlaku lagi di masa depan. Itulah prinsip yang kamu pegang kuat, termasuk juga dalam hubungan persahabatan. Usah cuba menikam kamu dari b! elakang, buruk padahnya nanti. Dari segi emosi, kamu mampu mengawal emosi diri kamu bila berada di samping si dia namun kadangkala keputusan yang kamu ambil menimbulkan kesan negatif pada si dia.

GRUP D4
04, 09, 14, 19, 24, 29

Dalam hidup, kamu sentiasa mempunyai matlamat yang hendak kamu capai. Malah kamu juga sangat mengambil berat tentang impian orang lain. Jadi tidak hairan jika kamu sanggup mengetepikan keinginan sendiri demi untuk memenuhi keinginan orang lain seperti keluarga dan teman rapat. Bagi diri kamu, teman-teman punya pengaruh besar dalam kehidupan kamu dan kamu juga sanggup membantu mereka dalam apa keadaan sekalipun. Bahkan kadangkala seolah-olah mementingkan teman daripada keluarga sendiri. Dari segi personaliti diri, kamu juga dikatakan sering kali dipengaruhi oleh emosi diri tapi hanya sekejap saja. Kata orang tu, cepat panas tapi cepat pula sejuknya. Mungkin ini disebabkan rasa kurang sabar yang kamu miliki hingga buatkan kamu selalu lupa diri.

GRUP E5
05, 10, 15, 20, 25, 30

Kamu seorang yang suka disayangi dan dimanjakan oleh orang teman yang rapat dengan kamu. Seperti juga dengan grup C3, kehidupan adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk dinikmati. Walaupun ada pahit maungnya namun semua adalah perkara normal dalam kehidupan. Tidak perlu ambil serius sangat. Selain itu, rupanya kamu suka enjoy untuk menghiburkan hati. Ops! jangan pula salah faham, ia bukanlah perkara yang negatif. Mungkin sekadar keluar bersama teman-teman atau melakukan aktiviti yang disukai untuk menghilangkan tekanan. Ini juga salah satu sebab mengapa kamu punya ramai teman malah kamu memang punya hobi untuk menambah koleksi teman-teman yang kamu sayangi. Keburukan kamu, punya pelbagai impian tapi tak berusaha keras untuk mencapainya, Ini juga disebabkan oleh sikap semula jadi kamu yang suka sangat mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebenarnya kamu mampu memperoleh apa yang kamu impikan dalam hidup tapi selalunya ia tidak menjadi kenyataan kerana kamu sendiri tidak! serius berusaha. Kamu juga gemar melakukan kerja separuh jalan. Untuk memiliki lebih banyak kejayaan di masa depan, kamu dinasihatkan agar lebih rajin berusaha dan cuba ubah sikap buruk kamu itu, demi kebaikkan diri kamu sendiri.

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius mudah mendisiplinkan diri sendiri
suka mendidik dan dididik badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan cukup sayang pada kanak-kanak
suka smart, kemas dan teratur suka duduk rumah
bersifat sensitif, berfikiran mendalam setia pada segala-galanya
pandai mengambil hati org lain perlu belajar kemahiran sosial
pendiam kecuali telah dirangsang cukup cemburu yang sangat tinggi
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi

FEBRUARI

berfikiran abstrak mudah menpamirkan marahnya
sukakan benda yang reality dan abstrak tidak suka benda yang remeh-temeh
inteligent, bijak dan genius suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
berpesonality yang mudah berubah sangat berani dan suka memberontak
mudah menawan orang lain bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
agak pendiam, pemalu dan rendah diri pemerhatian yang tajam
jujur dan setia pada segalanya suka hiburan dan sukan
keras hati untuk mencapai matlamat suka benda yang bersifat seni
tidak suka dikongkong sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
mudah memberontak apabila dikongkong berkecenderungan pada benda yang tahyul
suka kegiatan yang lasak amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
emosinya mudah terluka dan sangat sensitive belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

berpesonaliti yang menarik dan menawan pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
mudah didampingi kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
sangat pemalu dan pemendam rasa suka berangan-angan
sangat baik secara semula jadi, suka melancong
jujur pemurah dan mudah simpati sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran kelam kabut dalam memilih pasangan
suka pada kedamaian suka dengan hiasan rumahtangga
sangat peka kepada orang lain punya bakat seni dalam bidang muzik
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain kencenderungan kepada benda yang istimewa
tidak cepat marah dan sangat amanah dan baik jangan terlalu moody
tahu balas budi dan tahu kenang budi

APRIL

sangat aktif dan dinamik try control the emotion
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal kecenderungan bersifat dendam
sangat menarik dan pandai manjakan diri agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
punya daya mental yang sangat kuat kuat daya ingatan
suka diberi perhatian gerak hati yang sangat kuat
sangat diplomatik (pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masaalah orang) pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
sangat berani dan tiada perasaan takut berpenyakit disekitar kepala dan dada
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah sangat cmeburu dan terlalu cmeburu hingga ketahap merbahaya
emosi cepat terusik

MEI

kekerasan hati dan degil tidak perlu dimotivasikan fizikal yang baik
kuat semangat dan bermotivasi tinggi tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain kelemahan sistem pernafasan
pemikiran yang tajam sangat manja dan mudah dipujuk suka sastera, seni dan muzik serta melancong
mudah marah apabila tidak dikawal bersikap sistematik (otak kiri) tidak berapa suka duduk dirumah
pandai menarik hati orang lain dan snagat menarik perhatian suka berangan tidak boleh duduk diam
perasaan yang amat mendalam kuat daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu rajin dan bersemangat tinggi
cantik dari segi mental dan fizikal bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit agak boros
mempunyai daya tarikan yang tinggi daya khayalan yang tinggi pemikiran tajam
sering menjadi perhatian pandai berdebat

JUN

berfikiran jauh dan berwawasan mudah berkawan dan pandai berkawan
mudah ditawan kerana sikap baik orang yang sangat tertib
berperangai yang lemah lembut pandai mempamerkan sikap
mudah berubah sikap, perangai, idea, mood mudah kecil hati
idea yang terlalu banyak di kepala mudah kena selsema
bersikap sensitive suka berkemas
otaknya aktif (sentiasa berfikir) cepat rasa bosan
sukar melakukan sesuatu dengan segera sikap terlalu memilih dan cerewet
bersikap suka menangguh-nangguh kurang mempamerkan perasaan
bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik lambat nak sembuh apabila terluka hati
cepat marah dan cepat sejuk suka kepada barang yang berjenama
suka bercakap dan berdebat mudah menjadi eksekutif
suka buat lawak dan bergurau kedegilan yang tidak terkawal
otaknya cerdas berangan-angan sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi saya tetapi menegur saya adalah kawan saya

JULAI

sangat seronok didampingi tinggi daya simpati
banyak berahsia dan sukar dimengertikan terutamanya lelaki pemerhatian yang tajam
agak pendiam kecuali diransang suka menilai orang lain dengan pemerhatian
ada harga dan maruah diri mudah dan rajin belajar
tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan suka muhasabah diri
mudah dipujuk dan bercakap lurus suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
sangat menjaga hati orang lain suka mendiamkan diri
sangat peramah suka duduk dirumah
emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
berjiwa sentimental tak agresif kecuali terpaksa
jarang berdendam lemah dari segi kesihatan perut
mudah memaafkan tapi sukar melupakan mudah gemuk kawal tak kawal diet
tidak suka benda remeh-temeh minta disayangi
membimbing cara fizikal dan mental mudah terluka hati tapi lambat pulih
sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang terlalu mengambil berat
layanan yang serupa dengan semua orang rajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawak sangat cemburu
mudah tertawan kepadanya daya pemerhatian yang tajam dan teliti
sopan santun dan caring terhadap orang lain cepat berfikir
berani dan tidak tahu takut fikiran yang berdikari
orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan suka memimpin dan dipimpin
pandai pujuk orang lain sifat suka berangan
terlalu pemurah dan bersikap ego berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
nilai harga diri yang sangat tinggi sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
dahagakan pujian cepat ditimpa penyakit
semangat juang yang luar biasa belajar untuk relax
cepat marah dan mudah mengamuk sangat kelam kabut
mudah marah apabila cakapnya dilawan suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat bersopan santun dan bertolak ansur sangat sensitif yang tidak diketahui mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
sangat cermat, teliti dan teratur orang yang banyak berfikir suka sukan, hiburan dan melancong
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik daya pentaakulan yang baik kurang menunjukan perasaannya
pendiam tapi pandai bercakap otak bijak dan mudah belajar terluka hatinya sangat lama disimpan
sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati suka mencari maklumat terlalu memilih pasangan
sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur kawal diri dari terlalu mengkritik sukakan benda yang laus
kerja yang dilakukan sangat sempurna pandai mendorong diri sendiri bersistematik

OKTOBER

suka sembang tidak suka terima pandangan orang lain
suka orang yang sayang padanya emosi yang mudah terusik
suka ambil jln tengah suka berangan & pandai bercakap
sangat menawan & sopan santun emosi yang kelam kabut
manja daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
kecantikan luar & dalam suka melancong, bidang sastera & seni
tidak pandai berbohong & berpura-pura pengasih, penyayang & lemah lembut
mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan romantik dlm percintaan
sentiasa berkawan mudah terusik hati & cemburu
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama ambil berat tentang orang lain
cepat marah suka kegiatan luar
pentingkan diri sendiri orang yang adil
tidak menolong orang kecuali diminta boros & mudah dipengaruhi persekitaran
suka melihat dari perspektifnya sendiri mudah patah semangat

NOVEMBER

banyak idea dalam perkara pandai muhasabah diri
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan otak yang sangat tajam
berfikiran unik dan bijak pandai mendorong diri sendiri
penuh dengan idea-idea yang luarbiasa tidak hargai pujian
pemikiran yang tajam kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
daya firasat yang mendalam dan tinggi badan yang tough
bagus untuk jadi doktor kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
cermat dan teliti romantik
personaliti dinamik tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia suka duduk dirumah
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra sangat rajin dan berkemampuan tinggi
berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran amanah, jujur setia dan pandai berahsia
terlalu degil dan keras hati tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
apabila hendak, pasti diusahakan sehingga berjaya bercita-cita tinggi
tak suka marah kecuali digugat perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
mudah ambil berat terhadap orang lain

DISEMBER

sangat setia dan pemurah sangat jujur amanah dan bertolak ansur
bersifat patriotic tidak pandai berpura-pura
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan cepat marah
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa perangai yang berubah-ubah
bercita-cita tinggi tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Benci pada kongkongan
seronok didampingi suka berlawak
suka bercampur dengan orang pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik
suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai

0 comments: