Hadis Sahih

Hubungan Singapura-Israel : Malaysia Terancam?

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, pendirian Malaysia mengenai isu keamanan Palestin iaitu rakyatnya (Palestin) mempunyai hak untuk tanah air, keamanan dan pembangunan adalah amat jelas dan diketahui oleh dunia termasuk Singapura.

‘‘Sebagai sebuah negara berdaulat Singapura berhak untuk menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana negara serta mengadakan usaha sama dalam bidang tertentu,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Salahuddin meminta Najib menyatakan adakah Kementerian Pertahanan sedar bahawa Singapura mempunyai perniagaan kelengkapan pertahanan dengan Isreal melalui Singapore-Israel Industrial Research and Development (SIIRD) di bawah naungan Singapore Economic Deevelopment Board (SEDB) dan The Office of The Chief Scientist (OCS) di Israel yang berpotensi besar digunakan untuk membunuh rakyat Palestin.

Sumber : Utusan Malaysia

Pikir-pikirkan lah dengan akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.....

0 comments: