Hadis Sahih

Menantu Pak Lah - akan tikam Pak Lah

Terbongkar dalam UMNO bahawa menantu Pak Lah ini diberi peluang untuk memilih mana saja tempat yang dia suka asalkan tempat itu menjamin kejayaannya. Terbongkar bahawa muka baru yang disenaraikan adalah kawan-kawan menantu Pak Lah dan ini akan membentuk satu kekuatan untuk menantu Pak Lah ini membina empayarnya kelak sewaktu pemilihan agung UMNO yang akan datang.

Strategi pembentukkan empayar ini dikatakan juga mempunya hasrat untuk meletak Pak Lah di hujung pedang kelak dengan semua kawan-kawan menantu ini memegang jawatan di bahagian kelak setelah menjadi wakil rakyat. Menantu Pak Lah ini mempunyai strategi jahat bermula dari pilihan raya ini dengan membawa masuk rakan-rakan di tingkat empat dan orang paling kanan beliau ialah Norza yang turut menjadi ketua pemegang dana utama dalam kem menantu Pak Lah.

Ahli UMNO yang ada sekarang seharusnya bersedia untuk menerima pemimpin paling jahat dan kemungkinan pengkhianat Melayu utama pernah disaksikan oleh negara ini. Ahli Umno perlu disedarkan bahawa menantu Pak Lah ini adalah orang yang akan menjual negara pada singapura-tanah pujaan beliau. Melayu bagi menantu pak lah adalah bangsa yang akan pupus dan hasrat memupuskan dengan cepat adalah cita-cita menantu pak lah ini.

Strategi untuk membentuk empayar semakin jelas. Kepimpinan rakan menantu yang bertanding akan menjadi raja di bahagian masing-masing dan ini menyempurnakan kedudukan menantu Pak Lah kelak.

Sepatutnya kita dalam UMNO sudah sedar bahawa menantu Pak Lah ini adalah pengkhianat tersohor Melayu. Kenapa kita masih mahu menuruti kehendak menantu pak lah?

UMNO sepatutnya membuat pegangan menyeluruh. UMNO sepatutnya menolak menantu Pak Lah yang kini semakin kuat hasil pemberian Pak Lah yang lemah kekuatan mentalnya. Pak Lah patut sedar populariti beliau semakin tercemar dan akan jadi lebih buruk dari Dr Mahathir kerana menantu beliau.

Sekarang ini cuma tinggal satu cara untuk kita dalam UMNO menyelamatkan perlakuan jahat menantu Pak Lah. Cara ini adalah untuk menolak Pak Lah! UMNO kena bersatu untuk tujuan ini. UMNO makin tercalar di bawah Pak Lah. Pak Lah akan menjadi libiliti dalam UMNO kerana menantunya.

Ayuh orang UMNO- tolak dimana saja menantu ini bertanding. Pesanan untuk Mukhris, ko tahu apa yang patut ko lakukan , lakukanlah untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara dan jgn ini menjadi retorik slogan UMNO sahaja.

0 comments: