Hadis Sahih

PENGKHIANAT KECIL, PENGKHIANAT BESAR

Mana lebih berbahaya pada pandangan anda, pengkhianat kecil atau pengkhianat besar?

AAB telah menggelar mereka yang mencari keuntungan dengan menyeludup keluar barangan subsidi sebagai pengkhianat kepada rakyat dan negara. refer link http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm
Malah beliau telah kecewa dengan sikap mereka-mereka ini yang merupakan pengkhianat, jual barang subsidi kerajaan kepada orang lain di negara jiran,

Namun beliau seperti tidak sedar bahawa beliau sendiri juga adalah sebahagian dari pengkhianat ini. Malah jika boleh diklasifikasikan pengkhianatan AAB & Co, tentunya adalah lebih besar.

AAB & Co sejak dari mula memegang kuasa di Malaysia telah melakukan pengkhianatan terhadap rakyat dan negara ini beberapa kali dengan skala yang besar. Antara pengkhianatan AAB & Co yang paling utama adalah penjualan banyak syarikat milik Malaysia (swasta mahupun GLC) kepada Singapura melalui pembelian saham oleh Temasek Group atau proksinya.

Selain dari itu AAB juga melakukan pengkhianatan besar dengan menjualkan Johor (secara atas kertas) kepada Singapura melalui projek SJER (WPI) yang terbukti menguntungkan Singapura secara total.

Malah AAB juga mengkhianati amanat yang diberikan oleh ibunya sendiri yang mahukan beliau berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat dan bukannya masyarakat dan rakyat berkhidmat kepadanya.

AAB juga mengkhianati negara dengan menjadi proksi (dalang) disebalik isu Oil For Food untuk Negara Iraq pada masa pemerintahan Saddam Hussien. Malah menantunya juga terlibat mengkhianati negara dengan menjadi proksi kepada beberapa urusniaga (haram?) yang melibatkan penjualan beberapa entiti awam milik Malaysia kepada pihak asing terutamanya Singapura.

Ingin ditegaskan bahawa kesalahan pengkhianatan yang dilakukan oleh AAB & Co adalah jauh lebih besar daripada mereka-mereka yang menyeludup barang subsidi (termasuk barangan keperluan rumah, petrol atau diesel).

Dan jika AAB mahukan satu akta tegas untuk mengekang dan mendakwa pengkhianat kecil ini, maka saya ingin cadangkan bahawa Akta Pengkhianatan juga dikenakan kepada AAB & Co tanpa sekatan.

Oleh itu, siapakah yang lebih khianat? Penyeludup barangan keperluan atau orang yang menjual negara ini kepada pihak asing (Singapura)? Mari kita tentukan

0 comments: