Hadis Sahih

Kelantan...Kos hidup rendah TIDAK bermaksud mundur!!

Bagaikan kesedihan tiada penghujungnya, kini PAS dilarang menggunakan kemudahan
LCD/projector utk menyampaikan berita, ini berlaku akibat sebelum ini penggunaan kemudahan tersebut telah menarik tumpuan ramai penduduk kelantan. Inilah kononnya Malaysia menjalankan sistem demokrasi. Ramai org menyangka bahawa kos taraf hidup di kelantan rendah dan sering dilabel negeri miskin, kegagalan politik, kuasa membeli rakyat rendah dll. Sebaliknya, kos hidup yg tinggi seiring dgn pemesatan ekonomi di
bandar besar boleh juga dikenali sebagai moden dan maju. Tapi, harga minyak dan
barang keperluan masih meningkat tanpa alasan yang munasabah.

Sejak PAS mengambil alih kelantan pada tahun 1990, hutang negeri pada masa itu
sangat tinggi. Tambahan lagi dgn kadar kemiskinan pada masa itu adalah sebanyak
29.5%, manakala kadar pertumbuhan ekonomi hanyalah 2.54% shj. Ramai yg jangka kerajaan PAS mampu bertahan 3 bulan, namun di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz, beliau berjaya mengharungi cabaran tersebut malah bertahan hingga kini sudah hampir 17 tahun memerintah. Akhirnya angka kemiskinan tersebut berjaya turun sampai 12.4% pd tahun 2002.

Seiring dgn slogan kelantan iaitu "Membangun Bersama Islam", Tuan Guru berjaya membawa kelantan ke arah pembaharuan yg besar serta bebas rasuah. Inilah faktor utama yg menjadikan kelantan berkos hidup rendah. Beliau sanggup menolak sebarang bentuk rasuah demi kebaikan rakyat. Kerana dari rasuah itulah yang menjejaskan taraf hidup
negara, sepertimana yg telah berlaku dlm Malaysia. Apabila rasuah tidak berlaku,
hasil jualan negeri kelantan digunakan utk membangunkan rakyat spt melangsaikan
hutang lama, membina/memperbaiki jalan raya, meluaskan bidang tanaman, membuka
tanah baru dll. Maka dgn ini cukai rakyat menjadi rendah, kerana rakyat tidak perlu membayar lebih semata-mata utk menganti kerugian akibat rasuah.

Dalam tempoh 11 tahun (1980-1990) BN memerintah kelantan, sebanyak 611 850 hektar hutan dibalak. Hasilnya RM341 juta @ RM567 sehektar. Manakala selepas PAS mengambil alih kuasa semenjak tahun 1991–2005 iaitu selama 15 tahun, 423 296 hektar hutan telah dibalak. Hasilnya RM941.7 juta @ RM2,225 sehektar. Dlm tempoh masa yg lama, PAS mampu
mengurangkan keluasan hutan tapi dengan hasil hampir 3 kali ganda. Cuba BN jelaskan ke mana perginya hasil2 yg lain?

Begitu juga dgn tariff air Kelantan pd tahun 2002 misalnya, iaitu serendah RM0.31 sen/meter padu dgn kos operasi hanya RM34 juta, kerajaan negeri telah berjaya meraih hasil sebanyak RM46 juta @ keuntungan 26%. Jika dibandingkan dgn situasi di negeri lain spt Selangor pd tahun yg sama, tariff air sebanyak RM0.72 sen/meter padu dgn kos operasi RM1.3 billion, akan tetapi hasil yg 'berjaya' dikutip hanyalah RM861 juta
dimana ia telah mengalami kerugian 104%. Inilah kononnya dikenali sebagai Negeri
Maju, malangnya rakyat yg menjadi mangsa .

Ini hanyalah contoh sebahagian saja, tidak termasuk laporan yg terbaru. Namun
jelas menunjukkan ekonomi kelantan semakin pulih. Tambahan pula dg bekalan
makanan laut yg mudah didapati lagi segar, rakyat menanam sayur dan menternak sendiri, harga barangan mampu dikekal pada tahap yg minimum. Ini tidak bermaksud kualiti makanannya rendah, malah kebanyakan makanan adalah sedap-sedap belaka.

Tahukah anda Tuan Guru Nik Aziz menyumbang 45% dprd gajinya kpd negeri? Dan selaku ADUN/Menteri Besar beliau tidak pernah mengambil sebarang elaun, semuanya disedekah kpd kebajikan rakyat. Beliau boleh jadi kaya jika mahu, namun beliau bersifat zuhud dan hidupnya biasa, rumah pun kayu tanpa pagar. Bukankah ini kerajaan yg kita idamkan?
Tiada rasuah, tiada cukai melampau,adil, amanah, pembesar jujur dan tidak sombong, hak rakyat semuanya sama walaupun berbilang bangsa/agama. Penduduk cina kelantan sgt berpuas hati terhadap pemerintahan PAS sehingga mereka kata tidak tahu apa lagi yang
boleh diminta. Semuanya cukup.

Anda pasti tanya mana ada pembesar yg jujur? Tapi ingatlah, masih ada org yg
ikhlas menjalankan suruhan Tuhan.

0 comments: