Tahniah,
Kepada setiap individu yang menyokong usaha memboikot barangan Belanda. Menurut , Ayhan Tunja, ahli Muslim Coordinating Council of the Netherlands, usaha kita memboikot barangan Belanda telah menunjukkan kejayaan. Perniagaan beberapa syarikat Belanda yang terancam telah mula menyaman Wilder.
Berikutan dengan itu juga, kerajaan Belanda telah memberi tekananan terhadap sebuah lagi filem kartun yang juga menghina Islam dari disiarkan di stesyen television Belanda. Filem kartun tersebut telah diiklankan untuk ditayangkan pada 20/4/08 di Belanda. Filem kartun yang bertajuk “The Life of Muhammad”, menghina peribadi Rasullullah S.A.W itu dilakukan oleh Ehsan Jami seorang murtad, berasal dari Iran.
Kita juga kena berbuat demikian. Si Murtad yang telah berbincang dengan Menteri Kehakiman Belanda Ernst Hirsch Ballin , dan bersetuju untuk tidak menyiarkannya untuk ketika ini . Tujuannya ialah untuk menjaga ketenteraman awam dan kepentingan Negara Belanda . Berita ini telah melegakan 1juta umat Islam di Belanda.
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1203758607106&pagename=Zone-English-News/NWELayout terima kasih.
Hadis Sahih
Satu lagi filem kartun menghina Rasulullah S.A.W.
Labels: Kehidupan, Pengetahuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment