Hadis Sahih

Apa hebatnya wanita kaki panjang?

Oleh Bernama

Khamis, 08 Mei 2008

WANITA berkaki panjang besar kemungkinan kurang mengalami masalah ingatan, dan tambahan setiap 2.5 sentimeter mengurangkan risiko penyakit Alzheimer sebanyak 16 peratus, menurut satu kajian yang dilaporkan PTI Selasa lalu.

Kajian itu melibatkan 2,798 lelaki dan wanita berusia purata 72 tahun. Di akhir tempoh kajian lima tahun itu, 480 orang menghidap Alzheimer atau jenis nyanyuk lain, kata laporan itu.

Alzheimer sejenis penyakit yang dihidapi 24 juta penduduk dunia, dan belum ada ubatnya.

Pada peringkat awal, tanda lazim penyakit itu ialah kehilangan ingatan, disusuli keadaan bingung, suka marah-marah, perubahan perasaan, percakapan merapu dan nyanyuk.

Kajian itu menunjukkan wanita berkaki panjang kurang risiko terdedah kepada nyanyuk, dengan setiap 2.5 sentimeter meter kaki mengurangkan risiko sebanyak 16 peratus.

Wanita berkaki pendek 50 peratus lebih berkemungkinan dijangkiti penyakit itu, berbanding yang berkaki panjang, kata kajian yang disiar jurnal Neurology itu.

Para penyelidik dari Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat, menyatakan anggota tangan dan kaki pendek mungkin ada kaitan dengan kekurangan zat makanan sewaktu kecil.

'Ini yang menjejas pertumbuhan otak,' kata mereka.

Digg!

Bookmark and Share

0 comments: