Inflasi dijangka melepasi 5.0 peratus bulan ini berikutan kenaikan harga bahan api yang diumumkan semalam, meningkat 4.2 peratus daripada anggaran awal pada 2.5 peratus bagi keseluruhan tahun ini, kata Bank Negara Malaysia.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata kepada media hari ini, inflasi juga dijangkakan memuncak pada suku pertama 2009 sebelum menyederhana pada suku kedua tahun depan kepada kurang daripada 3.0 peratus.
“Bagi separuh pertama 2009, inflasi akan mencecah pada paras 5.3 peratus, dan selepas itu menurun kepada 3.0 peratus. Inilah simulasi awal kami terhadap penyelarasan harga seperti yang ditunjukkan pada asas bulan-ke-bulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-12 di sini.
Beliau berkata kadar inflasi negara secara relatifnya masih rendah berbanding negara lain, dan beliau menggesa Malaysia mengambil kesempatan terhadap situasi semasa dan menyesuaikan dengan keadaan itu.
Zeti juga menolak cadangan kemungkinan kadar faedah meningkat, dengan berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa dasar monetari di luar daripada jadual biasanya.
“Pada masa ini kami akan memantau masalah inflasi dan melihat sama ada terdapat petunjuk kesan pusingan kedua (kenaikan harga bahan api) dan permintaannya, kerana pada masa ini ia akan memberi impak terhadap pertumbuhan, dengan pertumbuhan global kini menyederhana,” katanya.
"Oleh itu risiko perkembangan OPR (kadar dasar semalaman) sedang diperhalusi dan dinilai dan pada masa ini kami tidak menganggap perlunya memanggil mesyuarat khas jawatankuasa dasar monetari dan kami akan meneruskan penilaian itu ke masa hadapan,” katanya.
Mengenai pertumbuhan negara, Zeti berkata keluaran dalam negara kasar (KDNK) kekal antara 5.0 dan 6.0 peratus.
“Pertumbuhan akan bergantung terhadap apa yang kerajaan lakukan dengan bayaran dan manfaat tunai hasil daripada subsidi yang lebih rendah, serta projek pembangunan.
"Semua ini akan memastikan paras 5.0 peratus akan dicapai,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata beberapa kesan akan wujud ke atas aktiviti penggunaan walaupun unjuran yang lebih rendah itu masih tinggi daripada pertumbuhan penggunaan purata negara.
"Anggaran unjuran awal kami bahawa penggunaan sebenarnya akan berkembang lebih daripada 10 peratus, namun ia mungkin susut 1.0 peratus tahun ini,” katanya.
"Oleh itu, tidak banyak penyelarasan ketara dalam penggunaan dan jika ia susut kepada 9.0 peratus, angka itu masih melepasi purata pertumbuhan penggunaan yang kita ada,” katanya
Hadis Sahih
Inflasi akan meningkat kepada 4.2 peratus tahun ini ekoran harga minyak naik
Labels: Kehidupan, Pengetahuan, Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment