Akhbar Sinar Harian (ASH) keluaran semalam di muka 2 terpampang berita utama Khairy personal polis , dengan sub head menyebutkan pernyataan Khairy : “Tidak tegas terhadap Raja Petra walau terima banyak maklumat”.
AHS menyebut lagi, “Ahli Pasrlimen Rembau , Khairy Jamaluddin MENGECAM pihak polis kerana tidak bertindak tegas terhadap Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK)” . Dilaporkan juga Khairy semasa membuat kenyataan ini di Lobi Parlimen , menyindir Ketua Polis Negara dengan berkata: “Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenai lokasi Raja Petra , tapi RPK dengan terang berada dikawasan umum”. Jangan lupa Khairy adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, dimana Umno adalah parti Pemerintah dan Kerajaan yang ada hari ini. Apa perlunya Khairy mengecam polis dikhalayak ramai semacam tindak tanduk anggota pembangkang? Adakah Khairy juga nak cari publisiti murah semacam anggota permbangkang lakukannya di Lobi Parlimen sebaik saja bertemu pemberita Media?
Adalah lebih wajar Khairy terus saja menemui Ketua Polis Negara (KPN) secara tidak heboh-heboh , menggesa tindakan yang lebih proaktif dibuat, sekiranya penjelasan KPN itu kurang memuaskan hatinya atau kurang memuaskan hati Pergerakan Pemuda Umno Malaysia .
Satu lagi cara, ialah Khairy boleh terus saja bertemu Menteri Dalam Negeri dan kemukakan pandangan Pergerakan Pemuda Umno yang kurang berpuas hati terhadap tindakan polis mengenai isu RPK ini. Khairy boleh kemukakan semua maklumat yang didapati samada dari dalam atau dari sumber luar negara atau dari sumbernya yang tersendiri.
baca lagi disini
Hadis Sahih
MENGAPA KHAIRY PERSOAL POLIS MELALUI MEDIA ?
Labels: Pengetahuan, Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment