Beberapa kajian telah dijalankan di seluruh dunia berkaitan dengan kesan menara pemancar telefon bimbit terhadap manusia. Antara kajian kajian yang telah dijalankan adalah:
Di German, satu kajian dijalankan dan telah didapati bahawa lembu tenusu yang diternak berhampiran dengan stesyen pemancar itu menghalilkan susu yang lebih kurang berbanding lembu tenusu yang diternak jauh dari stesyen pemancar. Selain itu, didapati lembu tersebut juga tidak subur, kecacatan ketika lahir, dan masalah mati awal disebabkan pendarahan di organ mereka.
Di Perancis, kajian mendapati bahawa orang yang tinggal berhampiran dengan stesyen pemancar akan mengalami pening-pening lalat, loya, mudah lupa dan beberapa simptom neurologikal yang selalunya berkaitan dengan otak.
Di Spain, kajian memperolehi keputusan yang sama seperti di Perancis.
Di Belanda, kerajannya menaja dan membiayai beberapa eksperimen di makmal. Keputusan eksperimen itu menunjukkan orang yang tinggal berhampiran menara pemancar mengalami pening lalat, sakit dada, nafas pendek, mudah nervous, dan susah untuk memberi konsentrasi.
Di US, kajian mendapati kanser di kalangan kanak-kanak di San Francisco adalah berkait rapat dengan lingkungan menara pemancar Sutro Tower yang berketinggian lebih kurang 550meter.
Di Sweden, Professor Olle Johansson dari Institiut Carolina menunjukkan dan mendedahkan beberapa fakta dalam kajiannya. Naik dan turun kes athma atau asma dan beberapa kes kanser ketika abad ke-20 berkait rapat dan selari dengan pendedahan terhadap gelombang radio di negara yang terdapat dalam skop kajiannya. Mereka juga mendapati faktor risiko gelombang radio adalah lebih kurang dengan risiko merokok yang menyebabkan kanser paru-paru.
Selain itu, dari beberapa kajian juga mendapati bahawa masalah lain juga akan berlaku seperti:
Sakit kepala, loya dan tidak dapat memberi perhatian
Kajian ini dijalankan di Belanda terhadap 36 orang yang didedahkan kepada gelombang elektromagnetik yang hampir serupa dengan radiasi dari stesyen pemancar dalam kadar yang diluluskan. Hampir semua dari mereka mengatakan bahawa mereka mengalami loya, sakit kepala dan daya ingatan yang kurang baik selain daya reaksi yang kurang dan kurang berwaspada.(Netherlands Organization for Applied Scientific Research, 2003).Penghasilan sperma yang berkurangan
Ini kerana tabiat membawa telefon bimbit boleh menyebabkan seseorang lelaki mengalami pengurangan sperma sebanyak 30% berdasarkan kajian dari Hungary. Pangkaji dari University of Szeged mendedahkan bahawa seseorang lelaki yang merupakan pengguna aktif telefon bimbit mempunyai purata 59 juta sperma per mililiter (ml) berbanding 83 juta sperma per ml bagi lelaki yang tidak menggunakan telefon bimbit.
Disorientasi
Burung merpati merupakan burung yang boleh mencari jalan pulang walaupun sejauh 700 batu dari sarangnya. Tetapi, apabila mereka terbang menghampiri menara pemancar, ia menjadi keliru dan tidak dapat mencari arah pulang yang sebenar. Ini berdasarkan kajian dari Swiss Bird Study Organization. Burung merpati juga akan terbang lebih rendah jika mereka terdedah kepada radiasi dari stesyen pemancar telefon selular. (Sunday Mirror, 18 Jun 2000).Langkah-langkah yang perlu diambil:
Elakkan dari tinggal berdekatan dengan stesyen pemancar. Cuba ambil kisah tentang lokasi stesyen tersebut sebelum anda membeli rumah. Stesyen pemancar itu boleh dikenali dengan mudah.
Jika anda bekerja di pejabat, selalunya akan ada peralatan pemancar gelombang radio yang akan diletakkan di bumbung banggunan atau di dalam banggunan itu sendiri. Walaupun peralatan pemancar tersebut tidak sekuat menara pemancar Celcom atau Maxis, tetapi cuba anda elakkan dari mendekatinya.
0 comments:
Post a Comment