Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia
berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah
sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan –
perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana
sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya
(perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah
menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)
Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat
banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya
solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah
sepanjang hari.
Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada
beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat
Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba
berkenaan.
Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada
beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat
Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba
berkenaan.
Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana
solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu
sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.
Rasulullah SAW bersabda: “Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari
terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari
sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.”
(Riwayat Muslim)
Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal
waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah
SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah
amalannya yang lain.
Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya.
Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat
Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah
terbit (subuh gajah).
Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja
memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di
masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan
kesempurnaan wuduk.
Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi orang munafik
adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di
dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.”
(Muttafaqun Alaih)
Hadis Sahih
Kelebihan Solat 5 Waktu Terutama Subuh
Labels: Agama, Kehidupan, Pengetahuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment