Adakah kereta yang selalu kita naik dan bawa tu terasa hilang power / umphhh??? Kalau jawapannya "ya" maka itulah tandanya enjin kereta kita dah kehilangn kuasa kudanya.. So kuda yang kita bawa tu dah tak gagah perkasa dah...
Kembali kepada zaman karburator ialah raja dan pam minyak mekanikal,
kehilangan kuasa selalu berkait dengan kunci wap (vapor lock) atau pun
penapis minyak tersumbat. Kini, sistem minyak rumit telah menguasai
sistem yang sebelumnya. Walaupun sedemikian, kesemua kerumitan semakin
merosot dengan beberapa potensi kegagalan. Sama juga dengan sistem
pengambila udara (air intake) dan sistem ekzos, sejak penukar pemangkin
(catalytic converters) menjadi peralatan asas pada sekitar tahun 70an.
Apa pun, dalam banyak keadaan, kaedah-kaedah lama masih diaplikasikan.
Seperti badan kamu juga, setiap kereta memerlukan minyak untuk dibakar
dan udara untuk bernafas. Kereta kamu tidak akan menyukai ketinggian
dengan kentang didalam ekzosnya jika dibandingkan dengan kamu.
Jika penyebab kehilangan kuasa enjin ini semudah memeriksa sistem
paip ekzos, kita semua tidak perlulah membuat diagnosis menyeluruh
kereta. Mengenal pasti kehilangan kuasa enjin ini boleh menguji tahap
kesabaran, tetapi syukurlah ada beberapa tanda yang boleh dicari untuk
membantu proses pencarian kamu.
1: Tiada kuasa apabila menekan pedal minyak.
Jika kereta kamu kehilangan kuasanya apabila pedal minyak ditekan,
secara asasnya kereta kamu mungkin mengalami masalah sistem minyak yang
menyekat enjin daripada mengeluarkan kuasa tambahan bila mana ianya
diperlukan untuk memecut. Mungkin penyuntik tersumbat, saluran minyak
bocor, penapis tersumbat atau pun pam minyak (fuel pump) rosak. Kereta
Satria Neo biasanya dikaitkan dengan masalah pam minyak ini.
Penyuntik minyak akan menyembur minyak ke dalam silinder, di mana ia
mencapurkan udara dan menyalakan api semasa mampatan, menghasilkan
letupan yang menggerakkan omboh enjin. Saluran minyak hanyalah satu hos
atau paip yang membawa minyak daripada tangki ke enjin. Pam minyak
berfungsi untuk menolak, dan penapis menghalang kekotoran masuk.
Dengan sedikit ilmu dan peralatan khas, kamu boleh menggantikan
sistem minyak ini sendiri, tetapi masalah lain mungkin memerlukan lebih
banyak usaha dan peralatan. Sebelum tahun 2006, penukaran penapis minyak
merupakan kerja Do-It-Yourself, tetapi semenjak dua menjak ini,
syarikat pembuat kereta sudah mula menyumbat penapis minyak ini di dalam
tangki minyak. Nampak seperti misi mustahil.
Apa pun yang kamu putuskan, kamu perlu ingat bahawa sistem minyak
akan menghukum mereka
yang mengambil ringan bab ini. Pastikan kamu
mempunyai diagnosis yang tepat, peralatan dan ilmu sebelum mula.
2: Isyarat asap dilepaskan
Kereta kamu juga boleh menghantar isyarat asap, seperti Red Indian,
khas untuk pemiliknya sebagai insyarat minta pertolongan. Eksoz berasap
tebal menandakan sama ada terlalu banyak minyak atau terlampau kecil
percikkan api, yang keduanya akan menyebabkan kehilangan kuasa. Backfire
terjadi apabila campuran minyak-udara tidak dinyalakan sepenuhnya dalam
kebuk pembakaran, dan sebaliknya meletup di tempat lain dalam sistem
ekzos. Kedua masalah minyak-udara ratio dan masalah elektronik
mencetuskan masalah pembakaran ini.
Palam pencetus diselaputi minyak enjin, abu ataupun apa-apa benda
asing akan mendatangkan masalah pembarakan, memandangkan palam ini akan
mencairkan elektrod. Asap hitam dari ekzos mungkin menandakan masalah
pencetus (spark), yang mana akan merosakkan enjin kamu, dan jika ianya
berlaku, periksalah secepat mungkin.Asap hitam juga menandakan campuran
minyak-udara kamu terlebih minyak.
Sebaliknya, backfire tanpa asap hitam pula menandakan terlalu sedikit minyak dalam campuran udara-minyak kamu.
3: Terlampau banyak gegaran?
Semasa dalam keadaan rehat (idle) berhenti di lampu isyarat, adakah
enjin kamu bergegar seakan gempa bumi? Bergegar sehingga kamu boleh
rasakan gegaran di stereng yang menyebabkan kehilangan kuasa yang
ketara? Jika iya, silinder yang misfire mungkin penyebabnya.
Jika misfire ini penyebabnya, tanda lain bakal kelihatan tidak lama
lagi. Antaranya ialah masalah menghidupkan enjin, tersekat-sekat semasa
tidak bergerak (lebih lagi jika aksesori seperi penyaman udara, lampu
sedang hidup) dan mileage yang teruk. Mungkin juga hydrocarbon tepu
sedang mencekik sistem ekzos kamu.
Biasanya, enjin akan misfire disebabkan 3 perkara : kehilangan
pencetus (spark), kehilangan mampatan ataupun ratio udara-minyak yang
merapu. Palam pencetus yang teruk, wayar palam yang usang ataupun
distributor cap yang retak menyebabkan kehilangan kuasa semasa mampatan.
4: Pendakian itu satu penyeksaan
Adakah kereta kamu terseksa semasa pendakian serendah-rendah bukit?
Lazimnya ia menandakan penapis minyak tersumbat. Tatkala penapis
menghalang kemasukkan kekotoran dari minyak, lama-kelamaan ianya akan
makin kotor akibat mendakan dan pam minyak akan terpaksa bekerja lebih
untuk menghantar minyak melalui penapis itu tadi. Periksa kereta kamu
dengan ujian tekanan minyak. Seperti jantung kita juga, ini semua gejala
tekanan darah rendah, bukan?
Jangan setakat menukar penapis minyak, periksa apa yang
menghalangnya. Manalah tahu, jika ia mungkin gejala masalah lain,
seperti kontaminasi minyak ataupun kehadiran karat dalam tangki minyak.
Bagaimana? Adakah anda mendapat manfaat dari nukilan ini?