Hadis Sahih

Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Cara-cara Letak Facebook Badges Dalam Blogspot

Hari ni kita akan belajar macamana nak letak facebook badge dalam blog kita.

follow steps yang mudah dan ringkas ni.

1) Klik link facebook ni: https://www.facebook.com/badges/





2) Ada 4 pilihan untuk kita buat badge. Kali ni aku pilih nak buat profile badge. Kemudian klik pada edit this badge. Dekat situ kita boleh edit Layout & Items. Yang mana kita pilih akan terpantul keluar dari sebelah kanan tu ler.... Contoh tegok gambar di bawah tu.


 3) Lepas save, kita pilih lah nak letak badge tu kat mana.. Macam yang buat ni, aku nak letak pada blog aku.





4) Dah pilih blog, keluar la gambar macam dibawah. Pada title tu kita boleh letak jer nama apa pun.





5) Last steps, pergi pada blog dan akan ada disitu apa yang kita buat tadi. Kalau nak ubah posisi badge tu kena masuk pada blog punya layout.





Syukur lah semuanya telah berjaya... Boleh buat tak???

Kelebihan Solat 5 Waktu Terutama Subuh

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)

Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.


Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.
Rasulullah SAW bersabda: “Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)

Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.

Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).

Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.
Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)

10 Surah dalam Al-Quran dapat mencegah 10 perkara

Jom kongsi..
 
1. Surah Al-Fatihah
mencegah kemarahan Allah SWT.
 
2. Surah Yasin
mencegah kehausan di hari kiamat
 
3. Surah Ad Dukhan
mencegah kesusahan di hari kiamat.
 
4. Surah Waqi’ah
mencegah kefakiran.
 
5. Surah Al Mulk
mencegah seksa kubur.
 
6. Surah Al Kautsar
mencegah permusuhan.
 
7. Surah Al Kafirun
mencegah kekufuran ketika dicabut roh.
 
8. Surah Al Ikhlas
mencegah kemunafikan.
 
9. Surah Al Falak
mencegah iri hati seseorang.
 
10. Surah An Nas
mencegah was-was.
 

Tol Diskaun Sampai 37.5 % Sempena Aidilfitri 2013

Sebanyak 17 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan Aidilfitri bermula 7 hingga 9 Ogos ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata lima lagi lebuh raya akan turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5-6 Ogos dan 14-15 Ogos ini.

“Diharap ia akan dapat beri kemudahan kepada orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya di Persada Plus.
Fadillah bagaimanapun berkata jumlah dan tempoh masa pemberian diskaun dan rebat itu berbeza mengikut syarikat konsesi lebuh raya masing-masing.

Beliau berkata 17 lebuh raya yang terlibat memberi diskaun ialah lebuh raya Guthrie, LKSA, AKLEH, SMART, KESAS, KL-KARAK, LPT 1, DUKE, NPE, NNKSB , MEX, BESRAYA, LEKAS, SDE, SKVE, LDP dan SPRINT.

Manakala lima lebuh raya yang menawarkan rebat ialah PLUS, SPDH, ELITE, BKE dan LINKEDUA, katanya.

Pada majlis itu, Fadillah turut melancarkan pasukan Rakan Ronda yang antaranya terdiri daripada skuad rondaan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya, polis, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Bomba, ’Workshop on Wheel’ Plus dan sukarelawan.

Fadillah berkata skuad rondaan itu selain membuat rondaan di lebuh raya, mereka juga akan ditempatkan di tempat-tempat tertentu bagi membantu 5.4 juta jangkaan pengguna lebuh raya sepanjang tempoh ‘balik kampung’ dan peraturan lebuh raya dipatuhi dan keselamatan pengguna dijamin.

Beliau berkata pihak kementerian juga mengajak orang ramai untuk menjadi sebahagian sukarelawan pasukan Rakan Ronda dengan mendaftar di laman web Lembaga Lebuh Raya Malaysia.

“Matlamat utama mewujudkan Rakan Ronda ini adalah untuk memupuk sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan pengguna lain di samping menyampaikan maklumat-maklumat trafik, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang seterusnya akan membantu tindakan lebih pantas syarikat konsesi,” katanya

Kereta hilang Power???

Adakah kereta yang selalu kita naik dan bawa tu terasa hilang power / umphhh??? Kalau jawapannya "ya" maka itulah tandanya enjin kereta kita dah kehilangn kuasa kudanya.. So kuda yang kita bawa tu dah tak gagah perkasa dah...

Kembali kepada zaman karburator ialah raja dan pam minyak mekanikal, kehilangan kuasa selalu berkait dengan kunci wap (vapor lock) atau pun penapis minyak tersumbat. Kini, sistem minyak rumit telah menguasai sistem yang sebelumnya. Walaupun sedemikian, kesemua kerumitan semakin merosot dengan beberapa potensi kegagalan. Sama juga dengan sistem pengambila udara (air intake) dan sistem ekzos, sejak penukar pemangkin (catalytic converters) menjadi peralatan asas pada sekitar tahun 70an.

Apa pun, dalam banyak keadaan, kaedah-kaedah lama masih diaplikasikan. Seperti badan kamu juga, setiap kereta memerlukan minyak untuk dibakar dan udara untuk bernafas. Kereta kamu tidak akan menyukai ketinggian dengan kentang didalam ekzosnya jika dibandingkan dengan kamu.

Jika penyebab kehilangan kuasa enjin ini semudah memeriksa sistem paip ekzos, kita semua tidak perlulah membuat diagnosis menyeluruh kereta. Mengenal pasti kehilangan kuasa enjin ini boleh menguji tahap kesabaran, tetapi syukurlah ada beberapa tanda yang boleh dicari untuk membantu proses pencarian kamu.

1: Tiada kuasa apabila menekan pedal minyak.

Jika kereta kamu kehilangan kuasanya apabila pedal minyak ditekan, secara asasnya kereta kamu mungkin mengalami masalah sistem minyak yang menyekat enjin daripada mengeluarkan kuasa tambahan bila mana ianya diperlukan untuk memecut. Mungkin penyuntik tersumbat, saluran minyak bocor, penapis tersumbat atau pun pam minyak (fuel pump) rosak. Kereta Satria Neo biasanya dikaitkan dengan masalah pam minyak ini.


Penyuntik minyak akan menyembur minyak ke dalam silinder, di mana ia mencapurkan udara dan menyalakan api semasa mampatan, menghasilkan letupan yang menggerakkan omboh enjin. Saluran minyak hanyalah satu hos atau paip yang membawa minyak daripada tangki ke enjin. Pam minyak berfungsi untuk menolak, dan penapis menghalang kekotoran masuk.

Dengan sedikit ilmu dan peralatan khas, kamu boleh menggantikan sistem minyak ini sendiri, tetapi masalah lain mungkin memerlukan lebih banyak usaha dan peralatan. Sebelum tahun 2006, penukaran penapis minyak merupakan kerja Do-It-Yourself, tetapi semenjak dua menjak ini, syarikat pembuat kereta sudah mula menyumbat penapis minyak ini di dalam tangki minyak. Nampak seperti misi mustahil.

Apa pun yang kamu putuskan, kamu perlu ingat bahawa sistem minyak akan menghukum mereka
yang mengambil ringan bab ini. Pastikan kamu mempunyai diagnosis yang tepat, peralatan dan ilmu sebelum mula.

2: Isyarat asap dilepaskan

Kereta kamu juga boleh menghantar isyarat asap, seperti Red Indian, khas untuk pemiliknya sebagai insyarat minta pertolongan. Eksoz berasap tebal menandakan sama ada terlalu banyak minyak atau terlampau kecil percikkan api, yang keduanya akan menyebabkan kehilangan kuasa. Backfire terjadi apabila campuran minyak-udara tidak dinyalakan sepenuhnya dalam kebuk pembakaran, dan sebaliknya meletup di tempat lain dalam sistem ekzos. Kedua masalah minyak-udara ratio dan masalah elektronik mencetuskan masalah pembakaran ini.

Palam pencetus diselaputi minyak enjin, abu ataupun apa-apa benda asing akan mendatangkan masalah pembarakan, memandangkan palam ini akan mencairkan elektrod. Asap hitam dari ekzos mungkin menandakan masalah pencetus (spark), yang mana akan merosakkan enjin kamu, dan jika ianya berlaku, periksalah secepat mungkin.Asap hitam juga menandakan campuran minyak-udara kamu terlebih minyak.

Sebaliknya, backfire tanpa asap hitam pula menandakan terlalu sedikit minyak dalam campuran udara-minyak kamu.

3: Terlampau banyak gegaran?

Semasa dalam keadaan rehat (idle) berhenti di lampu isyarat, adakah enjin kamu bergegar seakan gempa bumi? Bergegar sehingga kamu boleh rasakan gegaran di stereng yang menyebabkan kehilangan kuasa yang ketara? Jika iya, silinder yang misfire mungkin penyebabnya.

Jika misfire ini penyebabnya, tanda lain bakal kelihatan tidak lama lagi. Antaranya ialah masalah menghidupkan enjin, tersekat-sekat semasa tidak bergerak (lebih lagi jika aksesori seperi penyaman udara, lampu sedang hidup) dan mileage yang teruk. Mungkin juga hydrocarbon tepu sedang mencekik sistem ekzos kamu.

Biasanya, enjin akan misfire disebabkan 3 perkara : kehilangan pencetus (spark), kehilangan mampatan ataupun ratio udara-minyak yang merapu. Palam pencetus yang teruk, wayar palam yang usang ataupun distributor cap yang retak menyebabkan kehilangan kuasa semasa mampatan.

4: Pendakian itu satu penyeksaan

Adakah kereta kamu terseksa semasa pendakian serendah-rendah bukit? Lazimnya ia menandakan penapis minyak tersumbat. Tatkala penapis menghalang kemasukkan kekotoran dari minyak, lama-kelamaan ianya akan makin kotor akibat mendakan dan pam minyak akan terpaksa bekerja lebih untuk menghantar minyak melalui penapis itu tadi. Periksa kereta kamu dengan ujian tekanan minyak. Seperti jantung kita juga, ini semua gejala tekanan darah rendah, bukan?

Jangan setakat menukar penapis minyak, periksa apa yang menghalangnya. Manalah tahu, jika ia mungkin gejala masalah lain, seperti kontaminasi minyak ataupun kehadiran karat dalam tangki minyak.

Bagaimana? Adakah anda mendapat manfaat dari nukilan ini?

Restore your phone warranty after rooting on Galaxy Y

This is a very important post for every Android root users. I am posting a Trick by which you can restore your phone warranty free afrer rooting easily! The phone will display Samsung stock binary, even if you’re on custom kernel.

Full tutorial:

1. Unroot your Samsung Galacy Y GT-S5360.

2. Boot your phone in download mode by pressing Vol Down + Power Key + Home Button.

3. If your custom bin counts are not 0 then reset it to 0 by follow these steps:

+ Download resetbin.zip from Google Docs (Merruk Kernels users download restbin_merruk.zip) to your SD Card (not in any folder).

+ Boot your phone in recovery mode by pressing Vol Up + Power Key + Home button.

+ Select apply update from sdcard.

+ Select Skin1980-GT-S5360 CWM.zip.

+ Select Install zip from sdcard > Choose zip from sdcard.

+ Select the above downloded file and install it.

+ Flashing may take upto 10 minutes.

+ When you get a message Install from sdcard complete, then select Reboot system now.

+ Your phone will restart.

4. Boot your phone again in download mode & check your Custom Bin Counts will 0.

Warranty restored successfully!

Download Links:

Resetbin.zip Link (837 KB)

Resetbin_merruk.zip Link (837 KB)

This is only for Samsung Galaxy Y GT-S5360 and is working

Root & Unroot Samsung Galaxy Y

Rooting is a process by which you can get root access or administrator privileges to your Android phone and can flash tweaks, custom ROMs, custom kernels, install additional applications which requires root, use firewall etc. If you don’t what exactly root means, I will suggest you to visit here here.

Root will void your phone’s warranty but it doesn't matter you can get it back!

Rooting Samsung Galaxy Y:

1. Download the zip files to your SD Card (not in any folder).

2. Switch off your phone & boot into recovery mode.

3. Press Vol Up + Power Key + Home button together at the same time to boot in recovery mode.

4. Touch screen is disabled here.

5. Use volume keys for scrolling & home button for selection.

6. Select Apply update for sdcard

7. Select update.zip (which you have downloaded).

8. When it shows Install from sdcard complete written.

9. Select reboot system now.

10. Your phone will restart & first boot may take 5 minutes.

11. Check for an application Superuser and open it.

12. Goto Menu > Preferences > SU Binaries.

13. SU Binaries will update.

14. When it get updated, restart your phone.

You’re done! Your phone is now rooted.

Warning: Do not delete Superuser or you will lose your root!

Unrooting Samsung Galaxy Y:

Follow the same steps (1-10) but in place of selecting update.zip under apply update from sdcard in recovery mode, select update-unroot.zip.

Download links for Rooting :


Direct Link 1 : Update.zip ( 2.1 MB )


Mirror Link 2 : Update.zip ( 2.1 MB )


Note : on Some Phone getting Error in updating SU Binaries then you can download this:

Direct Link : Update subb.zip

Download Links for Unrooting :



Direct Link 1 : Update unroot.zip ( 99.16 KB )

Mirror Link 2 : Update unroot.zip ( 99.16 KB )



This is only for Samsung Galaxy Y Don’t try this method on other Android phones and I am not responsible for any damage!

Cara Root Samsung Galaxy Young (GT-S5360)

Anda pengguna Android? Pernahkah anda menemukan aplikasi yang tidak bisa di Instal pada Smartphone Android kalian, terkadang beberapa Aplikasi memerlukan Hak Akses SuperUser untuk melakukan itu, cara paling jitu untuk mendapatkan Hak Akses tersebut adalah dengan cara Root. Apa itu Root? Root adalah pemberian hak penuh kepada pengguna Android untuk dapat masuk ke sistem Android. Dengan melakukan Root, pengguna dapat menambah, mengurangi maupun memodifikasi file-file atau data-data yang terletak pada sistem Android yang bila dalam keadaan standar (belum root) file-file tersebut tidak dapat di akses. Bila dianalogikan sistem operasi komputer Windows, fungsi root Android adalah memberikan hak administrator kepada pengguna.

Karena Root ini sangatlah merbahaya, maka saya akan menjelaskannya dengan begitu Detail agar tidak terjadi salah paham dikemudian hari. Kini saya akan menjelaskan Kelebihan dan Kekurangan Root itu sendiri :
  1. Mendapatkan Hak Akses SuperUser
    Ya, Sebagai pemilik Android kita tidak ingin penjelajahan kita pada Android terhenti karena Hak Akses dibatasi, dengan melakukan Root kita dapat leluasa melakukan utak-atik pada Android.
  2. Dapat Meningkatkan Performance
    Mungkin ada yang tidak percaya dengan yang satu ini, tapi telah saya buktikan sendiri bahwa Root Android dapat meningkatkan Performa pada Android, dengan Root Android pengguna dapat meningkatkan kemampuan Processor pada Android anda.
  3. Hak untuk memindahkan Aplikasi ke SDCARD
    Mungkin jika anda pernah mencoba memindahkan Aplikasi kedalam SDCARD dalam keadaan belum di Root pasti akan muncul Notifikasi "Failure/Failed". Namun jika sudah di Root, tidak akan ada lagi yang dapat menghentikannya, karena kita sudah mendapatkan Hak Akses penuh. Untuk memindahkan Aplikasi ke SDCARD bisa menggunakan Aplikasi yang bernama Link2SD atau Gemini App Manager.
  4. Lebih Mengatahui Seluk-Beluk Android
    Ya, Secara sadar atau tidak kita sudah menambah ilmu serta pengalaman dalam menjelajahi manisnya Android, karena dengan melakukan proses root kita dituntut untuk menelusuri bagian dalam dari tubuh Android itu sendiri.
Kekurangan Root pada Android
  1. Menghilangkan Garansi Android Anda
    Android yang sudah di Root memang menyenangkan, tapi sebagai konsekuensinya garansi pada Android kita harus musnah. Kenapa begitu? Karena dengan melakukan Root, kita sudah tidak menggunakan pengaturan bawaan pabrik yang sudah dibuat sedemikian rupa. Jadi coba pikir-pikir dulu sebelum melakukan Root.
  2. Masalah Keamanan Pada Android
    Ya, melakukan Root Android ibarat memecat semua satpam yang ada pada Android kita. Tapi meskipun begitu, sekarang sudah banyak Vendor Antivirus ternama yang sudah menyusup kedalam perangkat Android seperti Bitdefender, Kaspersky, ESET, Avast dan AVG yang bisa kita gunakan untuk menambal keamanan yang sempat hilang.
Mungkin penjelasan tentang Root Android cukup, dan dari penjelasan diatas harusnya Anda sudah bisa menentukan apakah ingin tetap melanjutkan Root pada Android atau tidak. Nah, sekarang saatnya saya kembali ke Topik Utama, yaitu Root Samsung Galaxy Young. Proses Root sendiri tidak memerlukan langkah yang panjang, mungkin kurang dari 10 Menit pengguna awam-pun sudah bisa menyelesaikannya.
 
 
Dalam hal ini, saya menggunakan Ponsel Samsung Galaxy Young dengan OS Gingerbread 2.3.6 dengan Tipe GT-S5360 (GSM). Berikut langkah-langkah Root pada Samsung Galaxy Young :
 
  • Pastikan Baterai pada Galaxy Young Anda saat ini tidak kurang dari 10%, Karena itu dapat mempengaruhi proses rooting.
  • Download dulu File yang dibutuhkan yaitu Update.zip
  • Lalu masukan pada SDCARD Anda (Jangan buat folder lagi, Masukin aja di SDCARD-nya)
  • Jika sudah dipindahkan, Matikan Galaxy Young anda.
  • Pastikan layar sudah mati total (Hitam) bukan (Abu-abu)
    Jika sudah tekan tombol VOLUME UP + HOME + POWER secara bersamaan.
  • Untuk navigasinya gunakan tombol Volume Up dan Volume Down, dan untuk memilih gunakan tombol Home.
  • Maka munculah Halaman Recovery Mode, pilih "apply update from sdcard"
  • Kemudian pilihlah File "update.zip" yang sudah didownload tadi. (Jangan lupa baca Bismillah)
    Tunggu sampai prosesnya selesai, Jika sudah selesai silahkan Restart Galaxy Young anda dengan cara memilih menu "reboot system now".
  • Jika Proses Root berhasil, Maka akan muncul Aplikasi SuperUser atau SuperSU yang ada pada menu Galaxy Young kalian.
     Cara diatas berlaku untuk Samsung Galaxy Young (Gingerbread 2.3.5 dan Gingerbread 2.3.6) < yang ini refer dekat kernel version.
     

  • Keputusan Terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut 24 July 2013

    PRK Kuala Besut, adalah merupakan pilihan raya kecil yang pertama diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu.

    Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN seorang jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman manakala Pas meletakkan seorang kontraktor, Endot @ Azlan Yusof sebagai calon.
    Tarikh Pengundian Biasa – 24 Julai 2013 (Rabu)


    Menurut SPR, keputusan terkini pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan dapat diketahui dan diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 10 malam ini
    Keputusan itu bagi menghormati ramadan dan memberi peluang kepada pemimpin dan penyokong parti melakukan ibadah termasuk solat sunat tarawih terlebih dahulu

    Hargailah Pasangan Anda

    1. Isteri adalah manusia
    Isteri sememang adalah seorang manusia, satu jasad dan satu roh..Mempunyai perasaan. Memiliki jiwa..Bukannya robot yang tidak ada perasaan apa-apa. Tugas suami ialah melayan isteri sebaiknya seperti seorang pemaisuri. Mereka akan membalas kebaikan suami dengan berkorban macam-macam. Mereka adalah seorang manusia dan sewajarnya suami melayan isteri sebagai seorang manusia selayaknya.

    2. Dengar pendapat isteri
    Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’ . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

    3. Beri pujian kepada isteri
    Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

    4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
    Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

    5. Ingat tarikh penting
    Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti “Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini”.

    6. Penuhi hajat isteri
    Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

    7. Bantu ringankan tugas isteri
    Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

    8. Isteri bukan pembantu rumah
    Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

    9. Bawa isteri berehat
    Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

    10. Ciuman khas untuk isteri
    Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

    Solat Sunat Tarawih - Definisi, Sejarah, Hukum & Kaedah

    just nak share dengan forumer sekalian.....copy paste dari sebuah laman web

    Definisi Tarawih ialah bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. Manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

    Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.


    Aishah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?�

    Baginda menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?�

    Qiyamu Ramadhan

    Solat Tarawih juga disebut dengan Qiyamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isya’ dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.

    Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.

    Sejarah Solat Tarawih

    Sejarah solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi. Menurut baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.

    Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid. Tetapi baginda tidak hadir. (Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah). Esoknya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.�

    Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam.

    Perhatikan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Abdullah yang ertinya:
    "Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan kami." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya aku takut ia (solat Tarawih) diwajibkan ke atas kamu."

    Tarawih Zaman Umar Al-Khattab


    Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, semakin ramailah umat Islam mengamalkan solat sunat Tarawih ini. Menurut Abdul Rahman bin Ubaid Al-Qari, pada suatu malam di bulan Ramadhan, beliau pergi ke masjid bersama Khalifah Umar Al-Khattab.

    Setibanya di masjid, beliau dapati ramai orang yang berkelompok-kelompok membuat jamaah-jamah mengerjakan solat ini. Sebahagiannya mengikut seorang imam dan sebahagian lagi mengikut imam yang lain. Melihat kepada amalan yang tiada keseragaman itu, Khalifah Umar berkata: “Aku bermaksud menyuruh mereka supaya berimam kepada seorang imam yang baik bacaannya.� Seterusnya beliau menyuruh mereka berimamkan Ubai bin Ka’ab.

    Pada malam berikutnya mereka mengerjakan solat Tarawih dengan seorang imam. Khalifah Umar berkata: “Ini termasuk bid’ah yang baik; tetapi orang yang tidur mendapat pahala lebih besar daripada mereka yang beramai-ramai bersolat tarawih itu.� Maksud Khalifah Umar, orang yang mengerjakan solat Tarawih pada akhir malam (setelah tidur lebih dahulu) mendapat pahala yang lebih besar daripada yang solat Tarawih pada awal malam.

    Bid’ah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar ialah bahawa solat Tarawih itu hendaklah dikerjakan secara berjamaah dengan pimpinan seorang imam yang baik bacaannya. Sayidina Umar sebenarnya hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. pada ketika mula-mula solat Tarawih itu disyari’atkan. Baginda terpaksa memberhentikan cara yang demikian pada malam yang ketiga, kerana takut ibadat solat Tarawih itu diwajibkan kepada umatnya.

    Amalan Solat Sunat Tarawih

    Di samping mengamalkan ibadat puasa yang diwajibkan, umat Islam digalakan dan disuruh dengan mengerjakan berbagai ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadan yang diberkati Allah itu. Di antaranya yang utama sekali ialah ibadat Solat Sunat Tarawih; dan seterusnya solat-solat Qiamullail (Tahajjud, Hajat, Tasbih), membaca Al-Quran, berzikir dan seumpamanya.

    Allah SWT mengurniakan satu keistimewaan lagi iaitu malam “Lailatul-Qadr� pada salah satu malam sepanjang bulan Ramadhan itu. Seperti yang tersebut di dalam Al-Quran, surah Al-Qadr, mereka yang beribadat pada malam tersebut akan diberi pahala ganjaran seperti beribadat 1,000 bulan (83 tahun).

    Fadhilat, kelebihan dan pahala yang paling besar dikurniakan Allah S.W.T daripada berbagai ibadat itu ialah solat sunat Tarawih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.�

    (Hadis riwayat Bukhari)

    Hukum Solat Tarawih

    Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih
    Lafaz niat: (Solat Sendiri)

    Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala


    Lafaz niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)

    Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala
    Berjemaah Lebih Afdhal

    Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian atupun secara berjemaah di masjid atau surau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah.

    Rasulullah s.a.w. pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi dengan berjemaah. Pada malam yang keduanya, baginda dapati sambutan begitu ramai dari para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggaap solat Tarawih itu sebagai wajib.

    Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjamaah bersama Rasulullah s.a.w. Tetapi baginda tidak mahu hadir, kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadat solat itu sebagai wajib, bukan kerana tidak mahu berjemaah.

    Pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab, beliau merasa tidak senang hati melihat umat Islam berkelompok-kelompok di sana sini di dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan solat sunat Tarawih itu dalam satu sahaja jamaah yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.

    Perubahan yang dibawa oleh Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar itu, keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam, dan suasana mayarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad (sunat yang dikuatkan), bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar.

    Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

    Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

    Keluhan remaja perempuan A:
    “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

    Keluhan isteri A:
    “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

    Keluhan remaja perempuan B:
    “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

    Keluhan isteri B:
    “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

    Keluhan isteri C:
    “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

    Keluhan isteri D:
    “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

    Keluhan remaja perempuan C:
    “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

    Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

    Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

    Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
    “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

    Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
    “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

    Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

    Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
    “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

    Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
    “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

    Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

    Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
    “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

    Lelaki beriman bertanya:
    “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

    Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
    “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

    Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

    Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

    Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

    Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

    Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

    Al-Quran Pertama Di Dunia

    Di sebuah sudut gelap di ibukota negara Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan paling bersejarah bagi umat Islam, iaitu Al-Quran tertua di dunia. Al-Quran ini berasal dari masa pemerintahan khalifah ketiga iaitu Othman Bin Affan.
    Othman Bin Affan merupakan perintis yang membukukan Alquran, sebelum itu Al-Quran hanya dihafal atau ditulis di atas kulit kayu dan tulang unta. Pembukuan Al-Quran pertama ini dilakukan Othman Bin Affan ketika berada di Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun setelah meninggalnya Rasulullah SAW.

    Pembukuan ini dilakukan Othman untuk mencegah perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran, sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya.
    Di Tashkent, Al-Quran ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam sebuah lokasi yang jauh dari orang ramai.
    Lokasi penyimpanan Al-Quran ini berdekatan dengan makam ilmuwan dari abad ke-10, Kaffel Sashi. Penyimpanan Alquran ini berada di kawasan bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan agama tertinggi di negara ini.
    Al-Quran tertulis pertama yang dibukukan ini sangatlah berharga, sebab itu ia disimpan dalam sebuah almari kaca yang dilekatkan di dinding. Sayangnya, kerana sudah berusia ratusan tahun, Al-Quran ini tidak utuh lagi.
    Pada masa ini yang tinggal hanyalah sepertiganya saja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis dalam bahasa Hijaz dan ditulis di atas kulit rusa.
    Dikatakan bahawa Khalifah Othman membuat lima salinan dari Al-Quran ini dan menyebarkannya ke berbagai wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lainnya juga masih tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.
    Tidak jauh dari lokasi penyimpanan Al-Quran tersebut, ada juga sebuah rumah yang menyimpan benda bersejarah lainnya, iaitu sehelai rambut Rasulullah SAW. Selain Al-Quran tertua, rambut baginda ini juga menjadi salah satu koleksi bersejarah yang dimiliki Asia Tengah dalam kaitan mereka dengan sejarah Islam.
    Di lokasi yang sama juga terletak perpustakaan yang menyimpan kekayaan dengan koleksi bersejarahnya. ”Dikatakan di perpustakaan itu ada sekitar 20 ribu buku hingga tiga ribu naskah,”ujar Ikram Akhmedov, pembantu mufti.
    Buku-buku itu rata-rata adalah buku tentang sejarah abad pertengahan, astronomi, dan kedoktoran. Namun ada juga Al-Quran dan buku-buku tentang ilmu hukum. ”Namun benda tertua di perpustakaan ini adalah Alquran yang berasal dari abad ketujuh atau dari masa pemerintahan khalifah Othman Bin Affan,”jelasnya.
    Adanya Al-Quran tertua di dunia ini mengingatkan kita betapa kawasan Asia Tengah memberikan peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis terbesar di dunia, Soviet Union.
    Sejarah tibanya Al-Quran dari dinasti pemerintahan Othman Bin Affan ke Tashkent ini sangatlah luar biasa. Setelah kematian Othman Bin Affan, sebahagian orang menyatakan bahawa Al-Quran ini dibawa oleh Ali bin Abi Talib ke Kuffah atau yang sekarang dikenal sebagai Irak.
    Tujuh ratus tahun kemudian, ketika Tamerlane (penakluk kawasan Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia menemui Al-Quran ini dan membawanya ke ibukotanya di Samarkand, Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, hingga orang Rusia menakluk kota ini pada tahun 1868.
    Pada masa itu, Gabenor Russia mengirimkan Alquran ini ke St Petersburg dimana Al-Quran ini kemudian disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah pecahnya revolusi Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam mengirimkan Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenal sebagai Bashkortostan.
    Namun akhirnya, setelah berulang kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran ini ditempatkan di Tashkent sehingga hari ini.
    Sejak awal lagi, Al-Quran ini telah menarik banyak orang termasuk petinggi umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga terasa aneh kerana Alquran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.
    Mufti yang juga menjaga serta menjaga ini mengatakan bahawa Al-Quran ini tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik banyak perhatian. Ini dilakukan untuk menjaganya dari perkara-perkara negatif yang mungkin terjadi.

    Yahudi Dalam Al-Quran - Sifat Bangsa ini

    Siapa tidak kenal dengan kezaliman Zionis yang kejam merampas tanah dan membunuh rakyat Palestin dengan sesuka hati mereka. Jika melihat watak Israel demikian, sebenarnya tidak perlu hairan. Ini kerana, Allah SWT melalui wahyunya dalam Al-Quran sudah menggambarkan sifat buruk orang-orang Yahudi yang zalim, membuat kerosakan di muka bumi, dan suka mengobarkan api peperangan dengan bangsa lain, terutama kaum Muslimin.
    Dalam Al-Quran sekurang-kurangnya disebut 22 sifat bangsa Yahudi, iaitu:
    1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah: 75,91,93,120,145,170; An-Nisa: 160; Al-Maidah: 41)
    2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran: 110; An-Nisa: 55)
    3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah: 82)
    4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am: 20)

    5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah: 75,91,101,140,145,211; Ali Imran: 71,78; An-Nisa: 46; Al-Maidah: 41)
    6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah: 76,101,120,146; Ali Imran: 71)
    7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah: 87,101,120,146; Al-Maidah: 41)
    8. Engkar dan tidak boleh menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah: 91,99; Ali Imran: 70)
    9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah: 171)
    10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran: 71)
    11. Berpura-pura menyokong orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah: 76; Ali Imran: 72,119)
    12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146)
    13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah: 94,111,113,120,135,145; Al-Maidah: 18)
    14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa: 53)
    15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah: 90,105,109,120)
    16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah: 90,95,96,212)
    17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah: 100,246,249 Ali Imran: 183,184; An-Nisa: 46)
    18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah: 204,246; Ali Imran: 72; An-Nisa: 46)
    19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran: 24,94,183,184; Al-Maidah: 41)
    20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah: 206,212,247)
    21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran: 75,76; At-Taubah: 34)
    22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran: 64)

    Saman Ekor - Ketahui Hak Anda

    Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
    Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
    Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
    Hak terhadap harta.
    (a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

    (b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
    Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
    Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
    Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
    Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
    Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
    Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?
    Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
    Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
    Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
    Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
    Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
    1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
    JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
    Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
    2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
    JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
    3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
    Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
    Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
    a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
    b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
    c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
    Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

    Cara Hidup Sihat Rasulullah SAW

    1. Bangun Subuh.
    Rasulullah SAW selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum Subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat Subuh berjamaah.
    Perkara ini memberi banyak hikmah antaranya ialah :
    * Berlimpah pahala dari Allah.
    * Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk kesihatan misalnya untuk terapi penyakit TB.
    * Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan jiwa.

    Dengan bangun pagi, fikiran dan perasaan juga biasanya lebih segar dan rileks. Bangun Subuh juga dapat mencegah stroke dan tekanan darah tinggi yang umumnya kerap terjadi pada waktu itu kerana sempit pembuluh darah. Di luar itu sebenarnya terkait asupan awal yang di terima tubuh, iaitu udara segar.
    Waktu Subuh adalah sangat baik kerana kaya oksigen dan relatifnya masih bersih tak dikotori unsur lain seperti asap kenderaan dan perindustrian. Udara yang baik tentu saja berguna untuk metabolisme tubuh dalam beraktiviti untuk sepanjang hari.

    2. Minum Air Putih dan Madu
    Nabi biasanya bersarapan dengan air putih dan sesudu madu. Dua unsur ini sangat luar biasa manfaatnya. Madu terkena; sebagai penyembuh dan air putih kaya akan mineral yang memenuhi keperluan tubuh akan cairan dan sebagai pencuci hati. Madu juga terkenal sebagai unsur yang dapat membersihkan usus dan mencegah radang.

    3. Mencampur Minyak Zaitun
    Semasa tengahari ke petang, Nabi juga biasa mencampurkan cuka, minyak zaitun dan roti. Kombinasi makanan ini ternyata dapat menguatkan tulang, mencegah penyakit angin ahmar serta menghancurkan kolesterol jahat dalam tubuh. pada musim dingin, makananan ini sangat baik menjaga kestabilan suhu tubuh.

    4.AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN.
    Rasulullah SAW sentiasa rapi & bersih, setiap hari khamis atau Jumaát beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

    5.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN.
    Sabda Rasulullah SAW: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)
    Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pembelajaran khusus bagi umat Islam dengan adanya Puasa di bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

    6. GEMAR BERJALAN KAKI.
    Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, paru-paru terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

    7. TIDAK PEMARAH.
    Nasihat Rasulullah SAWullah: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:
    * Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
    * Membaca Ta ‘awwudz (A’udzubillahimina asy-syaithonirrojim), kerana marah itu dari Syaitan.
    * Segeralah berwudhuk.
    * solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan Hati.

    8. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA.
    Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

    9. TAK PERNAH IRI HATI.
    Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental maka menjauhkan sikap iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Kecuali untuk iri kepada 2 perkara:
    * Iri kepada orang yang memiliki harta yang melimpah tapi tidak lokek untuk menafkahkan hartanya dijalan kebaikan.
    * Iri kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tapi tidak kedekut untuk mengajarkannya kepada orang lain siapa pun tanpa pilih kasih.

    10. Makan Sayur di Malam Hari
    Memakan sayuran di malam hari juga di lakukan Rasulullah SAW. Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah SAW selalu memakan al makki dan sanut (jenis sayuran).
    Rasulullah SAW biasanya tidak langsung tidur setelah makan malam, melainkan beraktiviti terlebih dulu supaya makanan yang di makan masuk perut dengan cepat dan baik sehingga mudah di cerna, caranya juga boleh dengan solat sunat.
    Sabda Rasullulah SAW :
    Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah swt dan solat, serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)
    Rasulullah SAW sering menyempatkan diri untuk berolahraga. Terkadang baginda berolahraga sambil bermain dengan anak anak dan cucu cucunya. Pernah juga Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri tercintanya Aisyah r.a.
    Rasulullah SAW tidak menganjurkan umatnya untuk berjaga malam. Biasanya baginda tidur lebih awal supaya boleh bangun lebih pagi. Istirahat yang cukup diperlukan oleh tubuh kerana tidur termasuk hak tubuh. Terbukti apa yang dilakukan Nabi sangat baik kerana sesuai sesuai dengan ilmu biologi tubuh badan.Jadi kan tidak ada salahnya kita cuba mempraktikkan.
    Semoga beberapa tips kesihatan ala Rasulullah SAWullah di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk hidup sihat.

    Kesan Menara Pemancar Telekomunikasi

    Beberapa kajian telah dijalankan di seluruh dunia berkaitan dengan kesan menara pemancar telefon bimbit terhadap manusia. Antara kajian kajian yang telah dijalankan adalah:

    Di German, satu kajian dijalankan dan telah didapati bahawa lembu tenusu yang diternak berhampiran dengan stesyen pemancar itu menghalilkan susu yang lebih kurang berbanding lembu tenusu yang diternak jauh dari stesyen pemancar. Selain itu, didapati lembu tersebut juga tidak subur, kecacatan ketika lahir, dan masalah mati awal disebabkan pendarahan di organ mereka.

    Di Perancis, kajian mendapati bahawa orang yang tinggal berhampiran dengan stesyen pemancar akan mengalami pening-pening lalat, loya, mudah lupa dan beberapa simptom neurologikal yang selalunya berkaitan dengan otak.


    Di Spain, kajian memperolehi keputusan yang sama seperti di Perancis.

    Di Belanda, kerajannya menaja dan membiayai beberapa eksperimen di makmal. Keputusan eksperimen itu menunjukkan orang yang tinggal berhampiran menara pemancar mengalami pening lalat, sakit dada, nafas pendek, mudah nervous, dan susah untuk memberi konsentrasi.

    Di US, kajian mendapati kanser di kalangan kanak-kanak di San Francisco adalah berkait rapat dengan lingkungan menara pemancar Sutro Tower yang berketinggian lebih kurang 550meter.

    Di Sweden, Professor Olle Johansson dari Institiut Carolina menunjukkan dan mendedahkan beberapa fakta dalam kajiannya. Naik dan turun kes athma atau asma dan beberapa kes kanser ketika abad ke-20 berkait rapat dan selari dengan pendedahan terhadap gelombang radio di negara yang terdapat dalam skop kajiannya. Mereka juga mendapati faktor risiko gelombang radio adalah lebih kurang dengan risiko merokok yang menyebabkan kanser paru-paru.
    Selain itu, dari beberapa kajian juga mendapati bahawa masalah lain juga akan berlaku seperti:

    Sakit kepala, loya dan tidak dapat memberi perhatian

    Kajian ini dijalankan di Belanda terhadap 36 orang yang didedahkan kepada gelombang elektromagnetik yang hampir serupa dengan radiasi dari stesyen pemancar dalam kadar yang diluluskan. Hampir semua dari mereka mengatakan bahawa mereka mengalami loya, sakit kepala dan daya ingatan yang kurang baik selain daya reaksi yang kurang dan kurang berwaspada.(Netherlands Organization for Applied Scientific Research, 2003).

    Penghasilan sperma yang berkurangan
    Ini kerana tabiat membawa telefon bimbit boleh menyebabkan seseorang lelaki mengalami pengurangan sperma sebanyak 30% berdasarkan kajian dari Hungary. Pangkaji dari University of Szeged mendedahkan bahawa seseorang lelaki yang merupakan pengguna aktif telefon bimbit mempunyai purata 59 juta sperma per mililiter (ml) berbanding 83 juta sperma per ml bagi lelaki yang tidak menggunakan telefon bimbit.

    Disorientasi

    Burung merpati merupakan burung yang boleh mencari jalan pulang walaupun sejauh 700 batu dari sarangnya. Tetapi, apabila mereka terbang menghampiri menara pemancar, ia menjadi keliru dan tidak dapat mencari arah pulang yang sebenar. Ini berdasarkan kajian dari Swiss Bird Study Organization. Burung merpati juga akan terbang lebih rendah jika mereka terdedah kepada radiasi dari stesyen pemancar telefon selular. (Sunday Mirror, 18 Jun 2000).

    Langkah-langkah yang perlu diambil:
    Elakkan dari tinggal berdekatan dengan stesyen pemancar. Cuba ambil kisah tentang lokasi stesyen tersebut sebelum anda membeli rumah. Stesyen pemancar itu boleh dikenali dengan mudah.
    Jika anda bekerja di pejabat, selalunya akan ada peralatan pemancar gelombang radio yang akan diletakkan di bumbung banggunan atau di dalam banggunan itu sendiri. Walaupun peralatan pemancar tersebut tidak sekuat menara pemancar Celcom atau Maxis, tetapi cuba anda elakkan dari mendekatinya.

    Kelebihan Solat dlm kajian sains

    Kebaikan solat Mengikut kajian sains seperti kajian oleh beberapa orang penyarah Fakulti Kejuruteraan Biomedikal UM.

    Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

    Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

    “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

    Ng Siew Chok-Isyarat Otak :

    Beliau berkata perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom yang membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan di pada kulit kepala. Sejenis alat iaitu EEG (electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.'Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang', katanya. Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

    Tomakninah

    Ketika itu katanya isyarat Alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok juga berkata solat memperkuatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu juga katanya, solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti seharian.

    Dr Fatimah Ibrahim

    Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

    Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

    “Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

    Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

    Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

    Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

    “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

    “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

    Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

    Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

    Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

    Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

    Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

    Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

    “Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

    Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

    Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

    “Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

    Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

    Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.-ijoks2009-

    “Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

    Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

    sumber

    Malaysia, Tanah Melayu dan Islam

    SOaLaN

    Siapa pemilik asal malaysia? atau lebih dikenali dengan Tanah Melayu?

    Kenapa dinamakan "Tanah Melayu"?

    Siapa menumpang di Negara Malaysia sekarang ni?

    Kenapa Islam menjadi agama Rasmi?

    Soalan2 diatas tu bukan saya tak tahu jawapannya, yang tak tau..google jer lah....

    saya cuma nak mengajak org Melayu yg ISLAM berfikiR guna akal yang ALLAH S.W.T anugerah!!!

    Asyik gaduh sesama sendiri dengan yang mengucap dua kalimah syahadah jaaaa..... Siapa yang untung dan siapa yang rugi....?

    Menyanggah memoir Mahathir


    Ahmad Lutfi Othman   

    BAHAGIAN PERTAMA

    Sebaik mendapatkan memoir Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, sehari selepas dilancarkan secara rasmi, saya membelek-belek isi kandungannya. Saya mencari topik berkaitan isu-isu menarik dan kontroversi sepanjang era pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekurang-kurangnya bab yang merujuk tragedi pemecatan Anwar Ibrahim, pemilihan Umno 24 April 1987 yang membawa kepada pengharaman parti itu, krisis kehakiman dan pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Operasi Lalang dan juga Peristiwa Memali.

    Sepintas lalu semua isu-isu tersebut -- kecuali Peristiwa Memali 1985 (yang terselit dalam bab pertama, tapi Dr Mahathir mengaitkannya dengan kes-kes ekstremis lain seperti serangan ke atas kuil Hindu di Selangor, 1979 dan balai polis di Batu Pahat, 1980) -- dapat diikuti dalam buku setebal lebih 800 halaman itu. Bagaimanapun, gelora hati saya turun-naik ketika membacanya. Terasa seolah-olah Dr Mahathir cuba menulis sejarah baru dengan "memperbetulkan" hikayat hidupnya yang sedia diketahui umum.

    "Sakit hati apabila membaca bab berkaitan kes Tun Salleh dan pengharaman Umno. Mahathir masih mahu terus memperbodohkan rakyat," marah seorang pensyarah undang-undang, yang juga bekas peguam. "Saya lebih senang membaca perjalanan hidupnya sebelum beliau aktif berpolitik. Masuk saja bab berkaitan Tunku Abdul Rahman sudah nampak belangnya," tambahnya.

    Bagi saya, bab 43 berkaitan pembedahan pintasan jantung Dr Mahathir jauh lebih menarik (sebenarnya lebih tenang untuk ditatap) daripada babak-babak genting dalam kerjaya politiknya. Mungkin  disebabkan saya cuba membandingkan pengalaman beliau pada Januari 1989 -- dan pembedahan kedua pada September 2007 -- dengan apa yang saya sendiri lalui pada Mac 2010. Rasanya seperti tiada jauh beda terutama mengenai halusinasi dan mimpi-mimpi aneh semasa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

    Saya akui, kes pengharaman Umno yang bermula dengan pertandingan sengit di antara Team A (diketuai Dr Mahathir) dan Team B (diterajui Tengku Razaleigh Hamzah) dalam pemilihan parti April 1987 sering diberikan tafsiran yang salah. Walaupun sudah beberapa kali saya menyiarkan perspektif sebenar kes tersebut dalam Harakah, masih ramai yang kabur dengan cerita sebenar.

    Justeru, memang mudah bagi Dr Mahathir untuk terus memanipulasi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Harun Hashim pada 4 Februari 1988 itu. Sejak awal Dr Mahathir menyalahkan Ku Li, yang didakwanya mengamalkan rasuah politik untuk membeli undi perwakilan. Dr Mahathir berkata, Team B telah membelanjakan lebih RM20 juta untuk berkempen, dan kebanyakannya wang itu disediakan oleh Ku Li.

    Mengulas tulisan Dr Mahathir itu, Ku Li dalam satu kenyataan menegaskan: "Sekali lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah.  Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987." Bekas Menteri Kewangan yang ditewaskan hanya dengan 43 undi oleh Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno itu. "Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu," tambahnya.

    "Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir," kata Ku Li lagi.

    Realitinya, Dr Mahathir -- melalui penguamnya sendiri, Sri Ram -- "mendesak" hakim bahawa hanya satu keputusan yang boleh dibuat iaitu Umno diisytihar haram bagi mengelak saingan berterusan daripada Ku Li dan Team B, yang dianggotai antara lain Musa Hitam, dan beberapa menteri seperti Abdullah Ahmad Badawi, Rais Yatim, Shahrir Abd Samad, Ajib Ahmad dan timbalan-timbalan menteri seperti Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Radzi Sheikh Ahmad, Rahmah Othman dan Zainal Abidin Zin.

    Sebagai Menteri Dalam Negeri, Dr Mahathir boleh menyelamatkan Umno daripada diharamkan dengan menggunakan Seksyen 70, Akta Pertubuhan. Malah, Harun Hashim dalam keputusan bertulisnya juga mencadangkan Menteri Dalam Negeri boleh membuat pengecualian terhadap mana-mana pertubuhan daripada mematuhi mana-mana peruntukan Akta Pertubuhan.

    Dr Mahathir enggan menggunakan kuasanya itu semata-mata demi kepentingan politik peribadi beliau. Dengan merancang penubuhan parti baru, yang akan mewarisi segala aset, wang dan juga tanggungan parti yang diharamkan, melalui pindaan kepada Akta Pertubuhan, tetapi masih menggunakan nama Umno, Dr Mahathir berjaya menyingkirkan semua musuh politik dalaman parti. 

    Ahli-ahli Umno yang tidak berpuas hati (dikenali sebagai Umno 11) kemudiannya membuat rayuan ke Mahkamah Agung. Menyedari beberapa kes terdahulu yang banyak menimbulkan kritikan termasuk daripada para peguam, khususnya dalam kes UEM dan Lebuh Raya Utara-Selatan yang memihak kepada kerajaan, maka Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memutuskan agar rayuan Umno 11 didengar semua hakim Mahkamah Agung (kecuali seorang), iaitu seramai sembilan orang.

    Implikasi arahan Tun Salleh mudah difahami Dr Mahathir. Berdasarkan kes-kes rayuan yang lepas, tujuh daripada hakim-hakim Mahkamah Agung, iaitu Tun Salleh, Wan Suleiman Pawan Teh. Eusoffee Abdolcadeer, George Seah, Mohd Azmi Kamaruddin , Wan Hamzah Mohd Salleh dan Lee Hun Hoe adalah cukup bebas untuk membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak kerajaan sekiranya mereka dapati bahawa ia adalah satu keputusan yang adil.

    Dr Mahathir sudah dapat menjangkakan bahawa sidang sembilan hakim itu hanya akan membatalkan pemilihan April 1987 tetapi akan "menghidupkan" kembali Umno. Oleh itu, Dr Mahathir harus bertembung sekali lagi dengan Ku Li. Mood ketika itu memang menyukarkan Dr Mahathir mempertahankan kemenangan tipisnya. Kalah sebagai presiden parti akan menggugurkan kelayakannya sebagai perdana menteri.

    Ketika itulah timbulnya idea untuk memecat Tun Salleh, sekali gus membatalkan arahan bagi diadakan sidang sembilan hakim. Langkah pertama adalah dengan menaikkan pangkat Harun Hashim daripada hakim Mahkamah Tinggi kepada hakim Mahkamah Agung. Sekali lagi Dr Mahathir mendakwa kebebasan kehakiman masih wujud di Malaysia apabila hakim yang mengharamkan Umno pun dinaikkan pangkat, sedangkan realitinya ia bagi menggagalkan arahan Tun Salleh dan menyelamatkan karier politik Dr Mahathir.

    Dalam memoirnya, Dr Mahathir mendakwa pihak yang mahu Tun Salleh dipecat adalah Yang di-Pertuan Agong, hanya berpunca daripada surat peribadi Tun Salleh kepada baginda berkaitan bunyi bising projek penambahbaikan istana yang berdekatan kediaman Ketua Hakim itu. (Alasan ini sebenarnya berubah-ubah; dahulu Dr Mahathir mendakwa ia ekoran surat aduan kepada Agong dan Raja-Raja Melayu yang ditulis oleh 20 hakim).

    Jelas ia satu pembohongan. Kalaupun Agong murka dengan Tun Salleh atas alasan peribadi, Perdana Menteri bertanggungjawab menasihati baginda bahawa kes sekecil itu langsung tidak membabitkan salahlaku kehakiman sehingga memerlukan penggantungan dan penubuhan tribunal.

    Peristiwa Tun Salleh dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri untuk "digertak" Dr Mahatthir seolah-olah menggambarkan kehakiman itu di bawah kuasa eksekutif. Surat penggantungan Ketua Hakim sepatutnya datang daripada Agong dan diserahkan di istana ataupun oleh wakil istana.

    Jika merujuk Perkara 125(3) Perlembagaan, tindakan untuk menggantung atau memecat Ketua Hakim mesti dimulakan oleh Perdana Menteri dan bukannya Agong. Baginda, seperti diperuntukkan Perkara 40(1) tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk bertindak atas inisiatifnya sendiri melainkan mengikut nasihat Kabinet atau Perdana Menteri yang  yang bertindak di bawah kuasa umum Kabinet. 


    Sedangkan dalam kenyataan akhbar pada 31 Mei 1988, Dr Mahathir dijelaskan: "... pada mulanya Perdana Menteri telah diminta oleh Agong supaya jawatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara digantikan kerana baginda tidak senang dengan surat Tun Salleh kepada baginda ...."

    Saya akan jelaskan lebih lanjut proses pemecatan Tun Salleh ini dalam keluaran Harakah berikutnya bagi menyanggah dakwaan tidak berasas Dr Mahathir dalam memoirnya, yang disifatkan secara umum oleh sarjana media, Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai "naskhah yang sakit". Semoga kekeliruan dapat dibetulkan.

    II.

    Harakah memang tidak mempunyai wakil di Kuching dan PAS sendiri mungkin tidak meletakkan ramai calon ramai dalam pilihan raya negeri ke-10. Namun ia tidak menghalang untuk Harakah memberikan perhatian serius kepada perkembangan politik Sarawak terutama ketika isu salahguna kuasa Ketua Menteri Taib Mahmud heboh diperkatakan.

    Lebih penting, Harakah tidak mahu ketinggalan dalam menyuarakan aspirasi perubahan yang begitu diimpikan rakyat negeri itu. Dalam kunjungan ke Kuching dan Miri baru-baru, wartawan kanan Wan Nordin Wan Yaacob bersama jurugambar Wan Zahari Wan Mohd Salleh sempat merakam gelodak kehidupan di sana, sambil meninjau suasana menjelang pilihan raya.

    Wan Nordin menekankan, begitu banyak  isu membelit kehidupan warga Sarawak yang perlu ditonjolkan. "Jurang kehidupan kaya-miskin cukup ketara. Ramai orang di sini marah dengan Taib, anak-anak dan saudara-maranya," beritahu Wan Nordin menjawab pertanyaan saya mengenai mood penduduk Kuching yang ditemuinya.

    Suara akar umbi, termasuk Bumiputera Islam, yang mengangkat Taib selama 30 tahun di teraju kuasa, sering dimanipulasi dan ditindas. "Lutfi, elok Harakah menyiarkan pendedahan bersiri penyelewengan Taib. Rujuk saja beberapa laman web, terutama sarawakreport.org, banyak bahan di sana. Lebih baik kalau saudara dapat membukukannya. Mesti melutup. Usah harap orang di sini, kebanyakan mereka takut," kata seorang pemerhati politik Sarawak, yang menetap di Kuching.

    Namun begitu, minat kami bukan sekadar membongkar amalan rasuah dan kronisme Taib. Pilihan raya negeri kali ini cukup penting kepada Kuala Lumpur dan amat mempengaruhi Perdana Menteri Najib Razak untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen. Selepas teruja dengan pertambahan majoriti kemenangan BN dalam dua pilihan raya kecil mutakhir, Najib memerlukan momentum dari Kuching bagi menyekat laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

    Wan Nordin dan Wan Zahari hanya sempat tiga hari melakukan tinjauan. Memang tidak banyak yang dapat diselami dan dibongkar dalam tempoh sesingkat itu. Namun, ia sudah cukup untuk menggamit mereka datang lagi. Cuma saya mengharapkan kunjungan mereka berikutnya -- saya sendiri cuba untuk bersama -- tidak diganggu pihak imigresen  di Lapangan Terbang Kuching seperti dialami Ahli Parlimen KeADILan Subang, R Sivarasa, 12 Mac lalu.

    Sumber:HarakahDaily